13 January 2012

Daftar Haji guna KWSP

Hari ke 13 baru ada entry untuk tahun 2012? Hehe. Ok, sebelum tu Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua yang mengikuti, yang ter baca, atau ter jumpa blog ni. Nak kata busy sangat, takdelah busy sangat. Cuma nak tunggu mood menulis tu datang, macam payah sikit. Nak menulis ni, kenalah ada mood jugak kan, nanti kang jadi entry merepek pulak. Hee. (walaupun kadang-kadang yang ada mood pun selalu je merepek. Haa)

Oklah, since dah lama tak update, ada banyak benda jugak nak update sebenarnya. Tapi, aku rasa aku nak update pasal entry ni dulu. Sebab nak share dengan kawan-kawan dan sesiapa je lah yang terbaca blog ni kan. Kisahnya, hari ni aku cuti sebab ada second appointment dengan doktor HKL. Pasal masalah kulit alergik aku tu lah. Yang ni nanti aku buat entry lain. Apa kesudahan penyakit kulit aku yang dah berlanjutan beberapa bulan tu. Huhu.

Korang dah daftar haji? Aku tau ada kawan-kawan aku yang dah daftar. Ada jugak kawan aku yang dah selamat menunaikan haji dah pun baru-baru ni. Syukur, Allah beri rezeki awal pada dia untuk menjadi tetamu-NYA. Sebelum ni Tabung Haji (TH) buat syarat, sesiapa yang nak mendaftar pergi haji, mesti ada simpanan sekurang-kurangnya RM1,300 di dalam akaun TH. Selepas daftar, baki dalam akaun tidak boleh kurang dari jumlah minimum tu. So, aku pun taklah pergi daftar walaupun pernah lah baki akaun melebihi jumlah tu. Sebabnya, aku takut time aku terdesak nak guna duit, tak boleh nak withdraw pulak. Naya. 

Tapi, awal tahun hari tu, kerajaan dah umumkan sekarang pendaftaran haji dah dipermudahkan. Dah boleh daftar dengan menggunakan simpanan KWSP. Syaratnya, bawak penyata KWSP dan buku akaun TH. Itu je. Mudah kan.So, petang tadi aku pun teruslah pegi TH untuk daftar haji. Penyata KWSP, dah seminggu aku print. Hee. Nasib baik orang tak ramai. Tak payah isi borang. Hanya ambil nombor giliran. Sampai giliran aku, bagi penyata KWSP terkini, buku akaun & jugak IC. Tak sampai 5 minit, dapatlah sekeping kertas warna pink. Staff TH tu tunjuk kat aku  tahun giliran aku. Haa??? Betul ke ni? Macam tak percaya. Tapi silalah percaya. Terimalah kenyataan. Tahun giliran aku ialah 2045. Lagi 33 tahun. Lepas je bangun dari kaunter tu, terus duduk kat kerusi kira. Umur aku kalau lagi 33 tahun, dalam 66/67 tahun. Tuanyaaa. Sedih, kecewa, risau, menyesal, gembira semua ada. Sedih & kecewa & menyesal sebab daftar lambat. Risau kalau umur tak panjang, tak sempat nak pergi. Gembira sebab aku daftar jugak akhirnya setelah lama bertangguh. Tapi staff tu kata, boleh buat rayuan kalau nak pergi awal. Itu maknanya, kalau duit dah cukup bolehlah buat rayuan kalau nak pergi awal & of course depends on kekosongan.

So, aku nak sarankan kepada kawan-kawan & pembaca-pembaca semua jika belum daftar lagi, pergilah daftar segera. Tersangat ramai yang tengah menunggu giliran sekarang ni. Entah-entah kalau pergi lagi seminggu, dah dapat tahun 2046 pulak. Waa lagi tuaaa. Melainkan korang ada rezeki lebih, bolehlah pergi dengan mana-mana travel agency & boleh pergi awal sikit lah.

Semoga Allah panjangkan umur aku supaya aku dapat menjadi tetamunya & berdoa supaya pada masa umur tu, aku masih kuat untuk mengerjakan ibadahnya.