25 September 2011

Sensitif


Apa yg sensitif? Sapa yg sensitif? Aku ke? Dah tu sapa plak kan? Sebenarnya nak share pasal kulit aku yg sgt sensitif dgn beberapa benda.(takde kena mengena dengan pipi aku tu yer) Kalau korang nak tau, bermula tahun 2001 sehingga sekarang, kulit aku tiba2 menjadi sensitf dgn beberapa benda yg sebelum ni rasanya ok jer kalau aku pakai/guna. Apakah maksudnya itu? Ada kaitan dgn pertambahan berat badan ke? (mmg lepas abis belajar, berat badan start naik).
  1. Jam Tangan
    Dulu aku suka beli jam tangan yg harga rm10-rm20 tu..kan masa tu ada macam2 design yg menarik. Tapi sedihnya tangan aku start gatal2 bila pakai jam2 tu semua..tapi aku degil nak pakai jugak sbb jam2 tu kan cantik..padahnya, tangan aku sampai berkudis/berdarah aku garu. Lama gak aku hadapi problem ni sampailah aku nekad tukar jam, beli yg mahal skit..so, sekarang aku dah tak hadapi masalah gatal tangan lagi (tapi, parut yg lama ada lagi..huhu)
  2. Brooch
    Aku jugak tak boleh pakai brooch yg sebarangan kat leher aku. Kena pakai yg kecik/comel jer..takyah la nak berangan pakai yg besar2..yg berjuntai2, yg berantai2 semer tu..problemnya sama, leher aku akan jadi gatal. Nak2 kalau pakai lama, dari pagi sampai petang ke, plus ngan berpeluh2 lagi. Haruslah leher aku berdarah aku garu. (aku dah siapkan stok plaster untuk org yg alergik mcm aku, selalu tampal kat leher klu rasa brooch tu menggatalkan)
  3. Tali Pinggang
    Dulu aku pakai sluar jeans, pakai sekali ngan tali pinggang. Tapi kulit kat perut yg kena ngan besi kancing tali pinggang tu pon jadi gatal gak. Sama gak, aku garu sampai berkudis & bernanah..huhu..sekarang, aku dah tak perlu pon pakai tali pinggang sebab semua seluar aku dah tak longgar..hihi..apakah maknanya itu?(terpaksa pakai camisole kalau nak pakai tali pinggang gak)
  4. Rantai/Gelang/Subang
    Dulu aku suka pakai gelang/rantai yg silver tu..yg banyak jual kat Watson ada, pasar malam ada..alah harga dia masa tu dlm rm10-rm20 gaklah..kan cantik gelang2 & rantai tu..bila pakai gelang, tangan aku gatal. Bila pakai rantai, habis berdarah leher aku garu, bila pakai subang yg warna warni tu, habis bengkak telinga aku garu. So, buang jelah semua tu. Pendam rasa jelah tengok org lain masa tu bergaya sakan.
  5. Bingkai Cermin Mata
    Aku start pakai spek kalau tak silap tahun 2006. Masa tu tak gatal lagi sebab bingkai sangkut kat telinga tu ada salut ngan plastic. Bila power mata aku semakin naik, aku pon terpaksalah buat spek yg baru. So, design pon kenalah up to date sikit. Ambik yg frameless. Yang ni takde salut ngan plastic. Padahnya, dua2 belah pipi aku (yg dekat ngan telinga) tu gatal jugak. Aku garu, sampai pedih, sampai berair. So, aku tampallah plaster alergik aku tu (selalu beli kat Watson) kat dua2 belah atas pipi tu. Tp, nak tampal plaster ni, agak leceh sbb kalau kat opis kena bukak time nak solat, pastu nak tampal balik..macam leceh kan..bermulalah aku hidup dengan kanta bantuan (contact lens. Nasib baik biji mata aku tak gatal, kalau tak, aku tampal plaster gak kot)
  6. Perfume
    Aku tak boleh sembur perfume dekat2 sgt dengan kulit. Kena sembur betul2 kat baju & make sure tak kena kulit sgt. Kalau tak, balik keje tgoklah kulit aku akan jadi merah & gatal tempat yang kena perfume tu. (ada tak jual perfume bahan2nya emas?)

    Apa lgi yer benda2 yang buat kulit aku gatal? Ha lagi satu aku tak boleh berpeluh lama2 sangat. Start la aku menggaru satu badan. Sebab tu aku dah tak pakai dah korset yang aku beli beribu2 hengget tu. Merana aku kena menggaru satu badan(Rugi plak rasa). 
Kenapa kulit aku sensitif sangat ek? Zat apa yg tak cukup ni?

21 September 2011

Tak sukaa


Hari ni dah lebih kurang 4-5 ari jugak kot kulit pipi aku telah bertukar menjadi mengelupas & gatal & merah2..arggghh tak sukenye bila kena camni. Lama dah tak kena rasanya. Last jadi camni rasanya masa aku kat seremban dalam tahun 2004/5 kot..eeeii tak suka tau bila kena gini..rasa cam nak pakai purdah jer..sumer org tegur tanya kenapa..aku hanya cakap "aku tersilap suntik kolagen"..hehe..itu dgn org2 yang boleh dibawak bergurau je lah..
 Bila dah jadi gini, aku pon mulalah nak ingat balik apa yg menyebabkan pipi aku jadi gitu. Dah tak segebu selalu.(perasaan ok). Dan aku rasa aku dah tau dah sapa yang bersalah. Aku dah jumpa dah suspek nya..tunggu masa je nak kene hukum buang tong sampah or hukum penjara di tong sampah seumur hidup..kejam giler hukuman ni..

actually, dalam bulan lepas aku tetiba teringin nak tukar produk penjagaan wajah aku ni..(tulah, gatal lagi nak tukar2..dah elok gebu dah). Produk sebelum ni takde masalah apa pon, Cuma biasalah manusia ni kan, mana penah puas apa yg dia ada. Produk sebelum ni yang dijamin "suci dan segar" tu dah ok dah, Cuma bila ada produk yg menawarkan add on yg lebih best, aku pon mulalah gatal nak try. Sebab produk ni aku baca dia kata untuk anti penuaan & untuk keremajaan kulit. Haruslah aku tergoda sbb dah tak berapa nak remaja kan..produk pertama yg aku try adalah pencuci muka dia. Aku rasa yg ni ok kot. Sebab lepas aku pakai, ok jer muka aku. Lagi aku rasa trus nak pakai sebab aku perasan kulit muka aku lebih berseri (perasaan lagi). So, aku pon nekad lah nak guna produk ni sepenuhnya. Produk kedua, aku beli dia punya krim kecantikan & krim pencerah kot kalau tak silap. Ingat nak beli toner sekali, tp toner yang lama ada lagi, so pakai dululah sampai habis kan..

Lepas toner lama habis, aku pon cepat2 gi beli toner produk ni. First time sapu kat pipi, aouchh!! Macam ada rasa pedih2 skit..tapi aku sedapkan hati, maybe sebab produk baru kot, dia baru nak kenal ngan kulit muka aku. Aku biar je, & terus pakai hari2, tapi still ada rasa pedih2 skit. Dan tanpa aku sangka & duga, aku dah start garu skit2 pipi aku ni..bila sedar2 jer dah makin merah & kering. Adakah kerana toner itu? Tapi aku punya suspek adalah TONER ituuu…ee geram aku ngan toner tu tau..mencacatkan kulit aku jer..So, aku dah nekad nak stop dulu dari pakai toner itu, dah juga semua produk2 yg seangkatan dengannya. Terpaksalah aku korek balik produk "suci dan segar" aku tu. Nasib baik ada lagi balance2 nye yg tak abih lagi..pencuci muka ada, krim pencerah pun ada..bolehlah

Nilah rupanya pipi aku yg dah tak gebu tu..dalam gambar mungkin tak nampak teruk sg sebab cover ngan bedak..tp kalau tgok real, agak mengerikan & menggerunkan.






~~ ada tak yg boleh buat mukaku pulih dgn pantas? Nak g jln2 ni..maluuu

Sambutan Raya 2011


Kali ni nak cerita pasal raya plak. Seperti sehari sebelum raya, di hari raya aku still buzy lagi. (takyah raya bleh tak? Letih la..haha). Pagi2 lagi dah bangun berkemas. Sapu karpet2 yang baru & lama. (untuk makluman, rumah aku memang penuh ngan karpet). Bukan nak eksen, tapi memang kakak aku suka letak karpet sebab dia risau budak2 jatuh kat lantai simen..so, semua ceruk dia letak karpet. Kat ruang tamu tu dah tentulah ada, kat meja makan, kat dapur..yang aku tak tahan, kat dapur nak masak pon ada..huhu..terasa rumahku bagai istana..sampai penah orang cakap, kat rumah aku ni, bilik air je takde karpet..haha

Lepas menyapu (guna penyapu lidi ok, bukan vakum) habuk2 kat karpet tu, aku iron baju akak aku + baju aku skali..pastu boleh plak dia pesan nanti mesin kelapa lagi..(nak masak apa lagi dia ni? Suka benar masak). Rupanya dia nak masak rendang itik plak..teringin katanya. Korang pernah makan itik? Suka? Aku pernah makan, tapi tak suka sangat..i still love chickenssss..(tau la kau hantu ayam..haha)

So, while kakak aku pegi solat raya (kantoi, aku tak gi..) aku bertungkus lumus la menyiapkan apa2 lagi persiapan yang tak siap lagi..isi kuih muih, siapkan hidangan atas meja. Make sure lemang, ketupat, rendang, buat air, siapkan pinggan, cawan & semua lah siap atas meja tu. Klau tak kang, akak aku bising..huhu

Lepas kakak aku balik, barulah keje aku setel semuanya..tu pun sekejap jer sebelum rumah aku diserbu oleh tetamu. Menjelang petang, ramai plak orang datang rumah aku. Elok je bergilir2. Macam berjanji plak. Org ni balik, org lain plak datang. Yang penatnya, aku jugak..kena siapkan hidangan semua. Sebab tu aku taknak beli baju raya ada blink2 ke, bermanik ke..tak sesuai hokeyyy..

Oleh kerana kesibukan ku itulah, maka tak sempat nak snap picture walaupon sekeping. Time aku ingat pun, mcm dah takde mood nak amik gambar sebab dah berpeluh2..muka dah berminyak2..dah hilang bedak & lipstick..so, tak payah

Aku macam penat plak nak cerite kepenatan aku masa raya tu..(apa jer)..dahlah

 ~~harap2 taun depan aku tak penat lagi.Ye ke? mmmm

20 September 2011

Persiapan Sebelum Raya di Kg.


Hari raya aku tahun ni macam biasa jer. Takde yang best sangat2 atau tak best yang sangat2. Semuanya macam biasa. Cuma aku ralat sikit sebab takde sekeping pon gambar raya aku tahun ni..tak kiralah dengan family ke, sorang2 syok sendiri ke..sebabnya tahun ni aku berdua je ngan kakak aku. Tahun ni turn diorang semua kat rumah mertua pagi2 raya. Dah tu, aku sorang jelah yang terkontang-kanting nak buat semuanya..huh penat mak tau..
Kepenatan aku tu bermula dari sehari sebelum raya tu lagi. Lepas sahur aku terus tak tido dah macam biasa aku buat kalau hari cuti aku kat rumah KL..hehe. pagi2 lagi kakak aku dah suruh aku mesin kelapa untuk buat rendang. Awal plak dia nak merendang raya ni. Sampai kejang pinggang aku & tangan aku mesin kelapa tu, sebabnya mesin kat umah aku tu yang pendek punya. Dah tu letak plak kat lantai. So, puaslah aku menahan lenguh kaki aku ni. Penat bersila, aku lunjur sebelah kaki. Penat lagi, aku dok macam duduk 2 sujud tu..huhu haru betul..penat lagi, aku bersila balik..
Lepas setel kan kelapa tu, kemas rumah plak. Kakak aku ajak alihkan meja, tukar karpet..huh,nasib baik pagi lagi, baru lepas sahur. Kalau tak, harus aku terbaring kehausan.
Lepas tu, sambung lagi mesin kelapa untuk lemang plak..ni lagi banyak dari kelapa rending tadi. Aduhhh, nak je pegi spa urut tangan & kaki rasanya lepas tu. Memang lenguh gila. Nak2 tangan & kaki yang bersaiz macam aku..hehe. Lepas tu, kena perah santan plak untuk isi dalam lemang tu. Bertambah lagilah lenguh tangan aku ni..huhu. Nasib baik yang bakar lemang dikhaskan untuk orang2 lelaki, barulah aku boleh relax skit.
Lepas aku bangun tido (ai, sampai tertido aku..huhu) sambung plak anyam ketupat. Ha yang ni memang tugas wajib aku setiap kali raya. Tapi aku hanya pandai anyam ketupat sate je..yang lain aku tak pandai & malas nak belajar..hehe, sebab buat semak tangan aku je..

~~w/pun penat, tapi seronok sebenarnya bila berkumpul ramai2 ni..baru terasa kemeriahan nak sambut raya tu..