29 November 2012

Sudah kembali

Salam semua,

Alhamdulillah aku dah selamat kembali ke Malaysia lebih kurang pukul 11.30 am Sabtu lepas. 2-3 ari gak badan rasa letih & penat . Penangan berjalan x ingat dunia la ni. Hee. Apa taknya, langsung takde rest. Rest time tido je. Time lain sumer nya g jalan2 je. Dari pagi sampai la ke malam. Mau nye tak penat. Ye dok. Huu. Yelah, kitaorg terpaksalah rushing sbb kalau nak di ikutkan sebenarnya kitaorg hanya ada 2 hari je untuk jalan2. Lagi 2 hari dah abih kat travelling je. Mana taknya, pegi petang Rabu, sampai Bandung malam. Abih dah 1 ari. Balik plak pepagi Sabtu. Abih lagi 1 ari. Tak ke 2 ari je utk enjoy..hehe.
 
 
Apapun, aku enjoy ngan percutian ni walau pon penat. Dapat la lupakan sekejap masalah2 keje ke peribadi ke, apa2 lah..sumer lupa. Balik je Malaysia, stress balik sbb duit abihh..haha. Nantilah aku story pasal percutian ni ek. Walau pon 4 ari, macam2 yg jadi. Ada yg kelakar, ada yg menjengkelkan. Huu.
 
 
Oklah, babai

21 November 2012

Jap je lagi

Salam semua..

Lagi lebih kurang 5 jam je aku nak berlepas ke Bandung. Hee. Perasaan adalah excited + nebes. Now kat umah lagi. Menyiapkan apa2 yg tak siap lagi. Barang2 packing dah mlm tadi. Pagi ni just check blik kot ada yg lupa. Jap g mandi, siap2..g kl sentral..naik bas g lcct. Flight pkul 4.45 kang.

So, doakan aku selamat pergi n blik ye. Bye

13 November 2012

Tak sihat

Salam semua,

Hari ni cuti deepavali. Ha minggu ni syok kan. Selang selang keja cutinya. Jarang nak dapat camni. Minggu ni dalam sejarah ni. Esok keje, lusa cuti balik, pastu keje balik. Hee syokkk nyee. Kalau hari2 camni kan best.

Walaupun ramai yg sambung cuti, tp aku tak amek sbb next week kan nak g cuti2 malaysia. Eh cuti2 indonesia kot. Hiii. Dah lama dah tak cuti so sajelah nak jalan2. Lagipun x penah g lagi kan. Perasaan skrg adalah excited & takut. Heee.

Excited of course la sbb nak g jln2 kan. Lama dah tak rest my mind ni kot. Excited lagi sbb  x penah lgi cuti2 ke over the sea. Manjang jln2 dlm negara je. Paling jauh aku g pon sabah je. Nak gak tgok tmpat org kan. Pastu tambah xcited sbb nak shopping. Maklumlah g tmpat syurga beli belah. Org katalah. So wait n see je lah.

Takut plak sbb yelah nak g tempat org yg terkenal ngan bencana alamnya. Tu yg ada sdikit cuak d hati. Apa2 pon doa & tawakal je lah moga perjalanan & percutian aku kat sana dilindungi olehNYA. Kalau asik nak pikir tu je dok je lah umah. Takyah g mana2. Ye dok. Huu.

Hari ni tak kuar g mana2 pon sbb badan x berapa sihat. Panas skit + batuk + selsema. Musim hujan kan skrg. Aku ni takleh kena hujan skit pon. Sahih aku akan demam gini. Takpelah, moga sihat sblum aku nak enjoy next week. Yeehuuu.

07 November 2012

Jalan2 hujung minggu

Salam semua,

Lamanya tak update kan. Bz plak sejak 2 menjak ni. Buat apa ntah. Hee.
 
Sabtu ari tu g Mid. Kan ada PC Expo. Lama dah tak g. So, saje la nak g. Nak tengok2, intai2 apa yg menarik kan. Punyalah ramai umat manusia. Nasib baik tak drive. Aku naik tren je. Aku tengok q punyalah panjang nak masuk parking. Puhh selamat aku. Turun2 je tren, tgok manusia punyalah beratur nak beli tiket tren. Sampai ke escalator q nye. Puhh selamat aku dah beli tiket 2 way.

Jalan punya jalan, ada plak booth Maybank. Biasalah, promote kad kredit. Pas tu bleh plak redeem point kad. Haa aku pon check la point aku. Tak penah check & redeem apa2 lagi ni. Sekali check, wowwii..bleh tahan banyak gak point aku (nampak sgt banyak hutang..huhu). So, bleh la redeem ni. So, aku pon amek beg ni sbb beg yg lain tu mcm tak kenan je. Beg ni sebenarnya untuk iPad. Ah walaupon aku takde iPad, aku nak gak beg ni. Bleh gak letak purse & hp kalau nak g mana2 kan. Hee.
 
 
 
Haa comey tak..nanti arr satu ari aku letak iPad dalam tu..huhu

 
Pastu dia bagi plak kupon ni. Wah! menarik gak  ni.






Tapi, bila masa plak aku nak g nye. Huhu. Takpelah, tengok la camne nanti. Kalau aku rasa2 aku tanak g, aku lelong la nanti. Tungguu yer.

Pastu aku ada beli satu benda lagi. Tapi nantilah aku bagitau. Malas nak bagitau sekarang. Hee mcm la gempak sgt dok. Hee.
 
Ok lah, nak tido dah. Nite semua..

26 September 2012

Jalan2

Salam semua,

Hari ni kena g kursus di Cherating. Ala2 team building kot. Nerbes gak sbb dah lama x g kursus mana2. Last aku g induksi rasanya. Tahun 2006. Punyalah lama. Huhu. Patutlah HR suh g. Bagi refresh skit. Dah lama sgt dok terperap kat opis tu. Suh tgok dunia luar skit kot. Hee.

So, hope sumernya ok. Enjoy!!

19 September 2012

Sakit tekak II

Salam semua,

Aik siap ada part 2 plak. Mcm drama la plak. Layankan ajelah. Sebenarnya saja nak crite pasal sakit tekak ari tu.

Ari Sabtu x-housemate jemput ke rumah dia sbb dia ada buat mkn2. Lagipun mak dia ada kat KL. Tu yang diorang main msak2 tu. Hee. Sebenarnya awal2 dah bgtau dia yg aku x janji dtang sbb tgh x sihat & xleh mkan. Tapi bila dia kata mak dia ada, gi je lah jengok jap. Rupanya mkn2 sempena birthday anak dia. Wah mcm2 mknn ada. Tp sbb aku xleh mkn aku tak lah pgi usha semua. Nanti keliur. Huu. Aku cuma mkn bubur jagung & agar2 je. Tu pon dlm kuantiti yg amat sdikit. Paksa telan je tu. Pas dok borak dlm stgh jam aku pon blik sbb nak grak blik kg plak ni. Umah aku pon ada kenduri esok. Petang ni mesti dah ada org msak2. Otw tu singgah kg baru jap gi cari madu. Nak try minum air campur madu plak.

Sampai kg singgah kedai beli roti takut xde mknn yg bleh dmkan. Maklumlah kenduri kan. Sampai2 je umah, anak buah aku trus bawak sepinggan pulut kuning ngan sambal petai trus dok sblah aku tayang kat aku. Aduhh geram je. Itu mknn peberet sumer org dlm rumah tu tau. Takpelah aku tahan je. Pastu akak aku ajak gi amek sate. Dia dah order. Waaa sedapnyaa. Aku dah agak dah mesti ada sate mlm tu. Akak aku order 200 cucuk sbb nak wat birthday party anak2 dia plus nak jamu sedara mara yg ada mlm tu yg tolong masak.
Malam tu menu adalah sate ayam,daging, kek, mee kari, nugget, sosej & kuih muih. Mula2 aku amek kek skit. Hmm blehla telan sbb dia lembutkan. Pasty amek nugget & sosej. Boh dlm pinggan pastu dok senyap2 cubit benda tu kecik2 mkn. Itupon rasa seksa ya amat. Peritnya lah. Org dah bertukar 3-4 menu, aku doklah menu tu berjam2. Last2 amek gak sate sbb nak gak rasa (mcm la x penah mkn sate..huu).Dahla yg tinggal daging je. Ayam abis. So cubit gak kecik2 mkn. Tp dah nama pon daging. Mestilah keras. Siksa gila nak telan. Bahananya bertambah perit tekak aku mlm tu masa nak tido. Mcm dicucuk2 dgn rempah + lidi sate tu.. euuuu..

Esoknya kenduri. Menu kari kambing, rendang daging, gulai udang petai, ayam kicap, nasi minyak..mm sedapnyaa..tapi aku tgok je lah. Hari kenduri lagi tekak aku wat perangai. Siap muntah 3-4 kali. Aduhh seksanyaa. Tapi kluar air je lah. Nak muntah pun sakit sbb mulut aku takleh nganga luas2. Oo lupa lagi satu menu. Akak aku order cendol. Aku pon mkan lah sbb orang kata banyakkan makanan sejuk. Masa hirup cendol tu, ok lah jugak. Sakit tu still ada, cuma bleh la telan sbb sejuk kot. Rasa kebas je tekak aku. Sudahnya 2 mangkuk aku balun cendol dgn harapan dpt kurangkn sakit aku sbb teringin nak mkn nasi minyak. Aku pon try la amek skit nasi minyak, amek lauk ayam kicap ngan rendang daging. Baru je mkn ayam tu..euuu pedih tekak aku. Trus tak mkn dah. Makan nasi minyak je lah. Tu pon jenuh hancur2 kan nasi tu kasi lembik skit. Siksanya nak telan. Mlm aku tak mkn sbb takut sakit & takut nanti muntah plak. Minum air kosong je lah. Dipendekkan cerita, blik kl pon still tak ok jugak. Disebabkan aku dah tak tahan sgt, g jumpa doc semula. Doc nak bgi injection. Trus aku setuju sbb dah x larat dah tanggung sakit ni. Alhamdulillah lpas kena injek, trus beransur sembuh. Sekarang dah bleh mkan semula seperti biasa. * insaf gak jap bila dtarik nikmat mkan selama seminggu. Aku mmg x selera langsung tgok semua mkanan sbb lebih tanggung sakit. Syukur Allah dah kembalikan nikmat makan semula..

13 September 2012

Sakit tekak

Salam semua.

Hari ni mood tak best sebab sakit tekak yg teramat. Ni final la ni. Hari ahad dah start selsema. Isnin badan dah start panas. Sampai la ke hari ni sakit tekak pulak. Selsema dah ok dah. Badan plak kejap ok, kejap panas sbb menahan sakit ni. Aduhh memang sakit sungguh la. Tak sanggup nak telan air liur. Sakit mcm nak nangis pon ada ni. Huhu. Sanggup dok kumpul air liur pastu pkir nak telan ke nak ludah. Nak telan sakit, nak ludah pon sakit.

Malam tadi dah mkan strepsil. Tapi mlm tadi sampai aku takleh tido dibuatnya sbb sakit sgt. Pagi tadi gi jumpa doktor. Hmm dia pon bagi ubat ala2 strepsil tu jugak suh hisap.

Nak menambahkan buruk keadaan hari ni jamuan raya plak kat bahagian aku. Takkan aku tak nak mkan lansong kan. Jamah la jugak dgn penuh kepayahan & keperitan sbb perut lapar. Serius mmg sakit. Berkerut2 aku menahan masa nak telan. Mmg rasa tak best la sbb masa jamuan aku takleh mkan banyak. Haha.

So skrang ni rasa mkin sakit. Aku rasa tonsil kiri aku dah bengkak sbb bila letak tgn kat bwah leher kiri tu rasa sakit. Mcm dah nak berjangkit kat telinga plak sakitnya. Risau plak aku.

Tadi google sekejap kot2 ada petua yg bleh diamalkan selain ubat2 doktor ni. So mcm2 la aku jumpa. Antaranya;

1. kumur ngan air garam - Masalahnya aku mmg tak pandai nak kumur style yg kat anak tekak tu je. Aku takut tertelan je kang.

2. minum air asam jawa - asam jawa kat umah aku ni dibeli khas utk hilangkan hanyir ikan je. So aku selalu amek pkai tgn je dlm bekas tu. Aku takut nanti ada perisa ikan plak air asam aku tu.

3. mkan aiskrim - yeayy yg ni aku suka. Tapi bukan sebarangan aiskrim ye. Jgn mimpi nak mkn cornetto ke, paddle pop ke ye. Disarankan mkn aiskrim vanilla. Contoh aiskrim yg dlm bekas bulat tu ke..atau sundae cone

Banyak lgi sebenarnya, tp yg lain tu mcm aku kurang rajin la plak nak buat. Tadi baru bercadang2 nak trun kat kedai bwah nak cari aiskrim & air asam jawa dlm botol tu. Tapi hujan la plak. Jap gi hujan berenti aku kena trun jugak. Tak tahan dah sakit ni.

04 September 2012

Syukur

Salam semua.

Akhirnya pagi tadi dpt jugak surat yg ku tunggu2 sejak last week. Alhamdulillah atas rezekimu Ya Allah. Dapat kenaikan gred & tambahan gaji. Syukur sgt2.So, nak plan apa ek. Nak beli rumah kah..nak tukar kereta kah..ke nak overlap kah..kah kah. Giler. Blom pape dah pkir nak nambah hutang je..Huuu.

Kejap je happy sbb ptang stress dgn projek kiosk plak. Nak live next week. Hmm wait & see je lah success ke tak. Harap2 nya ok lah.

Tadi dinner magie je sbb smlam dah mkn sate kan. Hii.

* city ke vios ek? :-P

Sabar menanti

Salam semua.

Nampaknya berita yg aku tunggu2 dari hari Khamis lepas masih tiada perkhabaran lagi. Bos bz plak ari ni. Sbb mcm2 hal kontroversi & sensasi plak yg jdi kat opis ni. Hmm sabar je lah.

Cuma dlm tengahari baru dapat emel dari PA bos. Bos nak jumpa esok pagi dlm pkul 8.30 pagi. Hmm..cerah skit masa depan. Insyaallah berita baik2 belaka. Doa2 kanlah. Tak sabar nak tunggu esok.

Tadi mkn mlam pekena sate station kat tmn tasik. Korang penah pekena sate dia? Sate kat sini mmg mahal skit. Singgit sebatang. Tapi mmg puas ati lah. Isi daging/ayam tu banyak  lah. Takdelah kurus2 mcm anak ayam tu yg sekali ngap je dah licin lidi kan. Sini mmg puas ati lah. Kuah kacang dia pon aku suka. Pendek kata mmg memenuhi selera aku lah.

Balik tros mandi. Badan pon dah letih. Jom tido, cpat skit pagi esok. Hee.

01 September 2012

Tunggu jemputan..

Salam semua.

Hari ni plannya nak blik kg. Tapi perut aku masih ada rasa sengal sakit smlam. So, mlas la plak nak blik. Rehat2 kat umah je lah.

Hari ni takde aktiviti menarik pun. Member2 pon xde yg buat open house. Hihi. Taun ni semua pakat tak buat. Takde bajet katanya. Tunggu gak kan. Haha dasar suka mkan betul kan.

Tengahari kluar gi jahit tepi baju. Pastu balik, baca paper..trus zzz..ha itulah aktiviti aku klau cuti2 ni. Apo laei nak buek kan. Buek taik mato la. Haha.

Malam pun tak buek apo. Nengok tv. Peh tu raso cam ngantuk lak blik. Haha. Jom tido blik.

* tetibo plak ckap kg den haa..

31 August 2012

Sakit perut

Baru blik dari Klinik Kita, Sentul. Bangun tido pagi tadi trus sakit perut yg amat sgt. Memulas-mulas. Mcm senggugut yg berpanjangan. Terkedang aku atas katil dlm stgh jam. Nak terlentang salah, mengiring sakit..aduhh

Trus terpikir apa aku mkn mlm tadi. Mlm tadi mkn roti je. Takkan sakit perut. Hee. Tipu. Mlm tadi aku mkn roti special. Buat mcm burger tu. Ada salad, timun, tomato, scramble egg & daging burger goreng yg dipotong2 & digaul dgn sos bersama mayonis. Perghh. Best wa ckap lu. Dah ala2 subway plak aku rasa. Hee. Dah la mkn sampai 2 set iaitu bersamaan dgn 4 keping roti. Kenyang sampai ke pagi rasanya.

Dan akibatnya merasalah pagi ni berguling atas katil nu. Aku ingatkn sbb gastrik ke apa ke. Tapi bila doktor kata dia dgr banyak gas dlm perut aku. Angin la tu. Dia kata sbb mknn. Ishh doc ni. Malu i. Nampak na kuat lantok. Kuikui. So dia suh mkn mknn yg mudah hadam & kurangkn kafein. Alaa cmne dia tau aku hantu nescafe ni.Huu.

So lunch utk ari ni..

Gedik kan..hee..tp ni kan mudah hadam

*ee camne je nak rotate pic ni..geram aku tau

Tak jadi merdeka

Salam semua.

Aik apsal tahun ni takde satu siaran pon yg buat lintas langsung sambutan merdeka ek? Ke tahun ni takde sambutan? Aku tau la malam esok ada sambutan kat Bukit Jalil nu, tp selalunya mlm merdeka mesti ada sambutan gak kan. Pelik plak aku.

Tadi puas aku pikir ye ke tak ye ni esok 31hb. Ye2 tekan2 remote nak tgok bunga api(ceh..hehe). Lagi satu sebenarnya aku suka masa ramai2 nyanyi lagu2 patriotik tu. Memang tak pernah miss nyanyi sama kat umah. Hee. Ntah, rasa semangat jer sesekali nyanyi lagu2 gitu. Best kan :)

Tadi sebenarnya tengah gunting baju. Nak wat kurung moden lah plak. Dah siap potong baju depan & belakang. Pastu stop jap masa nak potong tangan sbb nak sambut merdeka kan. Sekali takde la plak. Trus takde mood nak continue. Kikiki. Propa betul.

So trus update blog la. Malas dah nak sambung potong kain. Lain kali je lah.

Mm ingatkan cuti 3 hari ni bleh la berehat ngan tenang & gembira. Tapi rupa2 nya tak. Ada berita di ofis tadi yg buat aku rasa cuak, berdebar, takut..mm mcm2 la perasaan ada ni. Dan hari isnin nanti baru bleh tau apa beritanya. Sama ada suka atau duka. Nanti aku update ye.(bos nape seksa kitaorg camni..huhu). Sebab tu tajuk entry jadi gitu. Hee.

Oklah nak tido cepat supaya cepat skit ari senin. Opss lupa plak. Selamat hari merdeka ke 55 untuk semua. Semoga negara kita trus aman damai selamanya.

Ya allah permudahkanlah segalanya.

30 August 2012

Baju pesak

Salam semua.
Hee jom update. Kan tengah excited. Layan kan je. Malam ni nak try update bergambar plak. Tengok stress ke tak mcm semalam.
Baru lepas siapkan baju pesak gantung. Sebenarnya baju tu buat masa kat kelas sebelum puasa lagi. So just tinggal nak klim bawah, leher ngan span bahu je lagi. Hari tu sbb nak raya so baju tu aku tolak tepi dulu sbb bz nak siapkan baju raya.(Hee mcm terer je aku ni kan). Tapi tadi masa tgh nak pilih baju nak gosok utk esok, penat aku belek2 baju apa nak pakai esok. Mcm dah tak banyak je baju aku ni. Bosan plak tgok baju2 yg ada dlm lemari tu. Asik2 baju yg sama je.
So trus teringatkan baju ni. Terus amek jarum & benang, klim leher & jahit span. Hee
sempat gak siap. So esok bleh la pakai. Harap2 esok takde org telek jahitan aku. Huuu
Jom tgok rupa baju saya ni. Hee
* stlah menggodek hampir setengah jam aku fail nak upload gambo..arghhh stress lagi mlm ni

Haa baru berjaya upload..fuhh
tapi camne nak rotate ehh??

29 August 2012

Ke mana menghilang

Salam kengkawan.

Lama betul tak update kan.hehe..
Disebabkan percubaan aku untuk update guna phone tdi telah berjaya,maka marilah kita merajinkan diri untuk post new entry malam ni w/pun takde citer best..biasalah org excited kan.

Kenapa aku dah lama tak update ye.Apa dah jadi.Sebenarnya taun ni aku bz skit dgn
beberapa aktiviti..hehe bunyi mcm banyak je aktiviti ko ni..padahal tah pape je.

Reason 1: aku amek class menjahit setiap ari sabtu.so,weekdays aku bz ngan homework ok.takyah pelik sebab nama pon kelas kan.kenalah ada homework.contoh keje umah..lukis pola,gunting pola,sudahkn jahitan ke..mcm2 la lagi..cuma gunting kain je kena depan cikgu sbb takut salah gunting kan.

Reason 2: aku dah terminate my berukband.So harap tenet kat opis je.Tapi time ofis
adalah sgt tdak cara untuk menulis blog,melainkan melawat org punya blog..hehe

Reason 3: aku terminate berukband sbb aku tukar phone baru yg lebih'smart'skit.Ada
internet.Tapi malangnya aku mlas & takde masa sgt nak godek phone baru ni kan.So aku pon tak tau camne nak update blog guna phone..huhu sungguh kodi kan

lagi sbb apa ek..haa sbb aku mmg MALAS nak update sbb xde citer best.Nak tulis pon dah
rasa tak best,blom korang baca lagi..hihi..

dahla,aku dah makin malas sbb payah gak upenye update ngan phone ni..hilang kesabaran
aku.Sebelum aku ilang sabar better i stop here..

good nite olls

28 August 2012

Testing

Percubaan pertama post entry through phone..jom tengok ok ke tak

15 June 2012

Gara-gara air karbonat

Waa lamanya tak update blog. Nak wat camne. Bz + malas..hihi..lebih suka terjah blog orang, baca crite orang..sebab crite sendiri tak besttt..hehe


Hari ni dah seminggu dah aku kurang sihat. Demam + batuk + selsema. Hari Isnin MC. Selasa keja, tapi macam 'koya' je aku rasa. Macam pening2 lalat gitu. Rabu MC lagi. Khamis ngan ari ni keje, tapi still ada rasa tak sihat tu. Suara merdu aku pon dah jadi serak2 kering dah ni. Sakit tekak. Orang kata sakit ni pencuci dosa2 kecil..ye ke? kalau betul, alhamdulillah la..


Hari Isnin, lepas pegi klinik, singgah MCD beli bubur. Tekak tengah tak sedap kan. Pastu sempat lagi beli set MC Chicken, budget nak makan malam..haha..(kata tekak tak sedap, tapi bleh plan untuk malam..hihi).
Sampai umah, trus makan bubur. Sedapp gilerrr..sambil2 tu makan gak fries. Pastu jeling plak ke air coke. Nak minum ke tak ni. Sedut la sket kan. Sket je..hihi..Trus bersedut2..tapi tak habislah secawan tu. Pastu aku tido sepanjang hari sampai ke petang.


Malam, makan burger plak. Pastu baring je tengok tv sebab tak larat nak buat keje apa2 pon. Tengah2 baring, batok lagi...batok..batok..tiba2 cam nak termun&*^..relax lagi, baring lagi..pastu rasa mcm dah termun%^& skit..cepat2 bangon nak pgi singki dapor..mmm on the way (jauhnya dapor kau) tu je trus mun&*^ dengan banyaknya..tekup ngan tangan pon habis bersembur. Habis tersembur kat atas lantai dapor..kat baju pon habis..wekkk..


Tak pasal2 kena mengemop di tengah malam. Adehhh. Aku terus terpikir apa yang aku makan & aku trus suspect si air coke tu..tengah demam minum air coke..cool kan!


Khamis, ada orang belanja makan A&W. Aku pon seronoklah sebab macam dah ok skit kan demam + batuk. Minum lagi air + float dia tu..waaa bestnya..sampai penuh perut ngan float..haha


Balik rumah, tengah menjahit, batuk lagi..batukk..batukk..alamak macam nak mun&** jer..cepat2 pegi singki sebab taknak epal berbuah 3 kali..hikhik..sampai je singki, trus mun&** dengan jayanya. Habis semua A&W aku. Penat aku kunyah. Terus terpikir balik, sebab float tu ke? Kosong perut aku. Trus lapar balik.Huhu..Sedihhh..


Sambung balik menjahit sambil buat Nestle oat 3 in 1, sebab lapar..cepat2 jahit, trus tido..kang tak pasal2 mun*** oat plak...


** entry baru pon tak best, sebab citer pasal mun***..hehe

15 March 2012

Sakit Hati


Sebenarnya sejak kebelakangan ni, aku selalu rasa pedih kat ulu hati. Dulu sesekali jer aku kena, tapi lately ni aku rasa macam kerap gak lah kena. Korang pernah tak rasa benda ni? Dia macam rasa pedih/perit kat ulu hati tu. Ulu hati tu kat mana? ntah, aku pun tak tau. Yang aku tau, pedih tu rasa macam kat tengah2 bahagian dada lah. Memang pedih ok. Ulu je ke yang sakit, hilir tak sakit sama ke? Ko nak kena cepuk? hehe. So, sempatlah google skit sebab nak tau pasal benda ni, pasal dah agak kerap kena kan. Risau gak kan. So, aku syer skit info apa yang aku dapat tadi.

Pedih ulu hati berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut.

Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan berasa pedih pada bahagian atas dada(oo pedih tu kat atas dada, ingatkan kat tengah dada), perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali(yang ni memang betul, aku rasa makanan tu macam naik atas balik), rasa pahit atau asid dalam mulut(yang ni aku tak rasa sangat lah). 

Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan. (so, aku tak kronik lagi kot, sebab still bleh tido nyenyak & selera makan makin bertambah..hehe).

Ok, apa pulak punca/cara nak elak penyakit ni eh?

1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.(aku memang tak kerap makan, sebab sekali makan, aku makan banyak..haha)

2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.(aku rasa aku taklah tergopoh-gapah sangat & taklah slow sangat. Biasa2 je)

3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, goreng, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.(yang ni memang makanan aku lah ni. Baby jer yang tak makan rempah, pedas, berlemak, goreng, coklat, kafein & banyak perasa. Ingat aku baby ke? Huh)

4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.(yang ni memang aku dapat rasa. Kalau pakai seluar jeans yang agak ketat skit, memang mudah kena. So, pakai je lah baju kelawar tu..)

5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.(ye betul. Aku rasa ulu hati aku pedih bila perut aku macam terlipat/diasak. Contoh, tengah lipat kain, nak capai kain yang jauh skit, kan badan macam terlipat skit..ke sebab perut aku ada lebihan lemak?ceh)

6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.(pun betul)

7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.(tak betul…sebab aku tak buat..hehe)

8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.( ooo, ok lepas ni kena baring dalam masa 1 jam lepas makan eh?)

9. Jangan merokok. (ok, yang ni aku tak)

10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum. (aku trus letak ais banyak2..bijak kan!)


11. Tangani stres dengan tenang. (aku atasi stress aku ngan makan..so cemane?)

12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan. (huhu yang ni sebenarnya penyumbang no 1..arghh tidakkk)


So, daripada 12 punca tu, lebih kurang 10 punca memang ada kat aku..patutlah aku kena sakit ni. Banyaknya nak kena ubah cara hidup. Hmm cemane ni. Agak2 mana yang senang nak mula dulu ek?


muhasabah: umur dah meningkat ni, macam2 penyakit mudah datang

26 February 2012

Dalam Hati Ada…


Taman ke?
Bunga ke?
Air terjun ke?

 

Situasi 1
Tengah seronok layan rancangan On Air. Mula-mula gelak tengok peserta yang terkelu lidah di depan juri, yang lupa skrip, yang tergagap-gagap. Sengeh bila tengok peserta yang tak puas hati. Lepas tu, rasa meluat pulak bila tengok ada peserta yang over, perasan bagus. Huh! Tiba-tiba Pak Nil terjumpa pulak seorang OKU ni sedang beratur (tapi dia tak berdiri ok, dia macam dah terbaring atas simen tu). Dia temubual peserta ni sikit & bagi dia masuk dulu. Tiba-tiba terus air mata aku bergenang. Rasa sedih sangat tengok peserta tu. Masa kat dalam bilik uji bakat tu pun, masa dengar dia cakap, terus air mata aku mengalir. Sedihhh. Tak tau kenapa.
Lepas tu, ada seorang peserta botak ni. Suara dia memang sedap. Memang ada bakat jadi pengacara. Pas tu Pak Nil suruh dia buat situasi lain. Dia pon buat ala-ala bersamamu. Automatik suara dia bertukar. Aku tengok Pak Nil sebak. Terus air mata aku bergenang, nangis lagi.Huhu.
Pas tu, bila ada sorang budak yang tak lepas masuk pagar sebab dia dah buat salah tu. Masa Nampak dia nangis kat luar pagar tu, terus aku pon nangis jugak teresak-esak. Waaaa.
Last sekali, masa Pak Nil pergi airport nak jumpa AA. Masa ni lagilah air mata aku mencurah-curah keluar. Sedih sangat tengok adengan tu. Sungguh emosi aku malam tu.

 

Situasi 2
Masa hari raya 2 tahun lepas, aku pegilah beraya ke rumah sorang kakak ni. Kitaorang panggil dia Kak Nab. Pegi ramai lah jugak. Kakak, kakak ipar & anak buah aku pon ada sekali. Kak Nab ni ada pelihara seorang anak angkat lelaki OKU. Masa pegi umah dia, anak dia tu dia letak kat ruang tamu, depan TV. Anak dia tu hanya boleh berbaring sahaja. Bila kitaorang sampai, terus jelah dok kat ruang tamu tu, sambil nak makan kuih. Aku sempat jugaklah tengok anak dia tu. Tapi tengok macam biasa je lah. Sebab dah pernah jumpa gak sebelum ni kalau ada kenduri. Tiba-tiba aku terpandang kakak aku tengah kesat air mata, sambil aku nampak mulut dia berbisik perlahan 'kesian'. Aku pon apa lagi. Terus air mata aku bergenang masa tu jugak. Padahal, akak aku tu bukan cakap ngan aku pon. Aku yang terpandang dia. Terus aku berpaling dari kuih-muih semua tu. Terus pandang TV. Air mata dah meleleh. Cepat-cepat sapu ngan tudung sebab nak cover malu. Aku yang beria-ia menangis. Padahal, kakak aku dah stop dah. Aduhh, kenapalah aku pandang dia tadi. Still tak leh nak stop, suruh anak buah aku capaikan tisu. Lap air mata sorok-sorok, sampai kakak ipar aku naik pelik, "nape plak ni" dia kata. Sudahnya, malu nak makan kuih sebab mata dah sembap.

 

Situasi 3
Bila tengok je rancangan Bersamamu tu, confirm aku akan nangis. Kadang-kadang, bukan sedih sebab kesusahan diorang, tapi sedih bila tengok diorang menangis.

 

Kesimpulan : Aku rasa aku tak boleh tengok orang lain nangis. Mesti aku nak join..hehe

13 January 2012

Daftar Haji guna KWSP

Hari ke 13 baru ada entry untuk tahun 2012? Hehe. Ok, sebelum tu Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua yang mengikuti, yang ter baca, atau ter jumpa blog ni. Nak kata busy sangat, takdelah busy sangat. Cuma nak tunggu mood menulis tu datang, macam payah sikit. Nak menulis ni, kenalah ada mood jugak kan, nanti kang jadi entry merepek pulak. Hee. (walaupun kadang-kadang yang ada mood pun selalu je merepek. Haa)

Oklah, since dah lama tak update, ada banyak benda jugak nak update sebenarnya. Tapi, aku rasa aku nak update pasal entry ni dulu. Sebab nak share dengan kawan-kawan dan sesiapa je lah yang terbaca blog ni kan. Kisahnya, hari ni aku cuti sebab ada second appointment dengan doktor HKL. Pasal masalah kulit alergik aku tu lah. Yang ni nanti aku buat entry lain. Apa kesudahan penyakit kulit aku yang dah berlanjutan beberapa bulan tu. Huhu.

Korang dah daftar haji? Aku tau ada kawan-kawan aku yang dah daftar. Ada jugak kawan aku yang dah selamat menunaikan haji dah pun baru-baru ni. Syukur, Allah beri rezeki awal pada dia untuk menjadi tetamu-NYA. Sebelum ni Tabung Haji (TH) buat syarat, sesiapa yang nak mendaftar pergi haji, mesti ada simpanan sekurang-kurangnya RM1,300 di dalam akaun TH. Selepas daftar, baki dalam akaun tidak boleh kurang dari jumlah minimum tu. So, aku pun taklah pergi daftar walaupun pernah lah baki akaun melebihi jumlah tu. Sebabnya, aku takut time aku terdesak nak guna duit, tak boleh nak withdraw pulak. Naya. 

Tapi, awal tahun hari tu, kerajaan dah umumkan sekarang pendaftaran haji dah dipermudahkan. Dah boleh daftar dengan menggunakan simpanan KWSP. Syaratnya, bawak penyata KWSP dan buku akaun TH. Itu je. Mudah kan.So, petang tadi aku pun teruslah pegi TH untuk daftar haji. Penyata KWSP, dah seminggu aku print. Hee. Nasib baik orang tak ramai. Tak payah isi borang. Hanya ambil nombor giliran. Sampai giliran aku, bagi penyata KWSP terkini, buku akaun & jugak IC. Tak sampai 5 minit, dapatlah sekeping kertas warna pink. Staff TH tu tunjuk kat aku  tahun giliran aku. Haa??? Betul ke ni? Macam tak percaya. Tapi silalah percaya. Terimalah kenyataan. Tahun giliran aku ialah 2045. Lagi 33 tahun. Lepas je bangun dari kaunter tu, terus duduk kat kerusi kira. Umur aku kalau lagi 33 tahun, dalam 66/67 tahun. Tuanyaaa. Sedih, kecewa, risau, menyesal, gembira semua ada. Sedih & kecewa & menyesal sebab daftar lambat. Risau kalau umur tak panjang, tak sempat nak pergi. Gembira sebab aku daftar jugak akhirnya setelah lama bertangguh. Tapi staff tu kata, boleh buat rayuan kalau nak pergi awal. Itu maknanya, kalau duit dah cukup bolehlah buat rayuan kalau nak pergi awal & of course depends on kekosongan.

So, aku nak sarankan kepada kawan-kawan & pembaca-pembaca semua jika belum daftar lagi, pergilah daftar segera. Tersangat ramai yang tengah menunggu giliran sekarang ni. Entah-entah kalau pergi lagi seminggu, dah dapat tahun 2046 pulak. Waa lagi tuaaa. Melainkan korang ada rezeki lebih, bolehlah pergi dengan mana-mana travel agency & boleh pergi awal sikit lah.

Semoga Allah panjangkan umur aku supaya aku dapat menjadi tetamunya & berdoa supaya pada masa umur tu, aku masih kuat untuk mengerjakan ibadahnya.