13 September 2012

Sakit tekak

Salam semua.

Hari ni mood tak best sebab sakit tekak yg teramat. Ni final la ni. Hari ahad dah start selsema. Isnin badan dah start panas. Sampai la ke hari ni sakit tekak pulak. Selsema dah ok dah. Badan plak kejap ok, kejap panas sbb menahan sakit ni. Aduhh memang sakit sungguh la. Tak sanggup nak telan air liur. Sakit mcm nak nangis pon ada ni. Huhu. Sanggup dok kumpul air liur pastu pkir nak telan ke nak ludah. Nak telan sakit, nak ludah pon sakit.

Malam tadi dah mkan strepsil. Tapi mlm tadi sampai aku takleh tido dibuatnya sbb sakit sgt. Pagi tadi gi jumpa doktor. Hmm dia pon bagi ubat ala2 strepsil tu jugak suh hisap.

Nak menambahkan buruk keadaan hari ni jamuan raya plak kat bahagian aku. Takkan aku tak nak mkan lansong kan. Jamah la jugak dgn penuh kepayahan & keperitan sbb perut lapar. Serius mmg sakit. Berkerut2 aku menahan masa nak telan. Mmg rasa tak best la sbb masa jamuan aku takleh mkan banyak. Haha.

So skrang ni rasa mkin sakit. Aku rasa tonsil kiri aku dah bengkak sbb bila letak tgn kat bwah leher kiri tu rasa sakit. Mcm dah nak berjangkit kat telinga plak sakitnya. Risau plak aku.

Tadi google sekejap kot2 ada petua yg bleh diamalkan selain ubat2 doktor ni. So mcm2 la aku jumpa. Antaranya;

1. kumur ngan air garam - Masalahnya aku mmg tak pandai nak kumur style yg kat anak tekak tu je. Aku takut tertelan je kang.

2. minum air asam jawa - asam jawa kat umah aku ni dibeli khas utk hilangkan hanyir ikan je. So aku selalu amek pkai tgn je dlm bekas tu. Aku takut nanti ada perisa ikan plak air asam aku tu.

3. mkan aiskrim - yeayy yg ni aku suka. Tapi bukan sebarangan aiskrim ye. Jgn mimpi nak mkn cornetto ke, paddle pop ke ye. Disarankan mkn aiskrim vanilla. Contoh aiskrim yg dlm bekas bulat tu ke..atau sundae cone

Banyak lgi sebenarnya, tp yg lain tu mcm aku kurang rajin la plak nak buat. Tadi baru bercadang2 nak trun kat kedai bwah nak cari aiskrim & air asam jawa dlm botol tu. Tapi hujan la plak. Jap gi hujan berenti aku kena trun jugak. Tak tahan dah sakit ni.

No comments:

Post a Comment