12 December 2011

Kain lelong


Ok, kita sambung pasal citer shopping plak lepas jumpa doc pakar tu. Aku setel semua dalam pukul 9.30 gak. So, dalam 1 jam je lah aku kat spital ni. Oklah tu kan.

Mula2 pegi Bank Islam dulu sebab nak bayar duit sewa rumah & duit kereta lama aku tu. Dah alang2 sampai, aku pon mintak statement keta aku tu. Ada balance lagi 16k++. Bolehla bagi kat abang aku nanti surat tu, ikut dialah nak refinance ke, apa ke.

Pastu terus gi PWTC, misi kedua aku ari ni..hehe. So, macam biasalah, masuk2 jer, sumer nya kaler merah putih. Berpinau jap mata nengok..hehe. Mula2, round2 kat bawah dulu. Sini ada pameran jer. Macam2 booth ada. Yang aku serbu, bila aku tengok dia ada bagi beg ke, note book ke, pen ke..ha memang aku menyelit kat situ dulu. Tak kira..hihi. Padahal beg & buku dah melambak2 kat umah, tapi biasalah kan..hehe

Dah penat rayau kat situ, then terus pegi tempat yg diidamkan. Naik tingkat 1. Masuk2 jer, terus nampak kain beraneka jenis & macam. Macam2 harga, macam2 rupa. Ada yang selai rm10, ada yang 3 helai rm50. Ada 4 helai rm100. Ha, ko pilih je lah mana ko nak. Janji ada duit kan. Mula2 aku pon survey2 dulu. Pastu aku tengok semuanya lebih kurang jer. Cumanya nak cari kedai yang tak berapa ramai orang sangat, sebab senang nak pilih kain. Dipendekkan cerita, yang selai rm10 pon aku ada beli, yang 3 rm 50 pun aku ada beli..macam2 lah. Sedar2 jer tangan dah penuh, kaki dah lenguh, duit pon dah susut. Maka, jomlah kita balik. Dah penat. Sebenarnya dah rambang mata, semua nak sampai tak tau nak pilih dah. 

So, inilah hasil tangkapan aku ari tu..




Semuanya berjumlah 11 pasang. hee. Tak tau bila nak tempah.

Sebab aku beli kain banyak, dapat free gift ni..













haha..korang nak? tunggulah taun depan yer..



Jumpa pakar kulit


Baru teringat nak update apa jadi masa hari aku jumpa pakar kulit ari tu dan sesi shopping lepas tu. Ni gara2 geng2 aku lah ni sibuk nak tau berapa banyak aku borong kain ari tu..hehe..nanti aku citer yer. Citer pasal masalah kulit aku dulu.

Kat Hospital
Appointment pukul 8.30 am. Aku gerak dari umah dalam pukul 7 gak. Macam time nak gi keje. Sampai kat hospital nak dekat pukul 8. Terus pegi bahagian dermalogi. Sampai2, mak aii ramai plak orang dalam tu. Aku ingatkan tak ramai orang ada masalah kulit hehe. Rupanya dia campur yang takde appoinment pon bleh terus datang situ. Patutlah ramai orang. Huh.

Lepas bagi surat appoinment tu, duduk dulu. Pastu dia panggil bagi nombor. Aku dapat no. 3. Oklah tu kan. Dalam pukul 8 lebih, sampailah giliran aku. Cuak gak ni. Sebab dalam pikiran aku mesti kena amek darah punyalah ni. Sebab dia mesti nak tau kalau2 darah aku ada problem ke kan. Aduhh ngeriii.

Masuk jer bilik doctor, ada sorang doctor lelaki tengah tunggu aku masuk. Aku pon duduk depan dia. Dia pon tanyalah masalah aku, sambil dia nak tulis report. Hensem giler doc ni. Muda lagi ni. Ntah2 baru graduate. Tinggi, kulit putih, pakai spek, muka macam soft2 je kan. Takde muka garang langsung. Hik2..sempat plak skodeng doc ni dulu. Rupanya dia ni Pegawai Perubatan. Dia pon tanyalah macam2 masalah kulit aku ni. Aku pon ceritalah dari A sampai Z. Bila start, then aku pakai produk apa, and so on so on. Last tu, dia nak rasa pipi aku yang merah tu. Lembut giler tangan dia, hehe..Dia kata muka aku panas, menunjukkan kulit aku tu radang lah. Yang aku pulak rasa tangan dia panas jer pegang pipi aku..hahah. Pastu, dia suh tunggu sebab dia nak bawak jumpa doc pakar. Ooo aku ingatkan dia doc pakar..kiki

10 minit gitu, jumpalah doc pakar..perempuan. Doc tadi tu ceritalah semula masalah aku kat doc pakar tu. Oo macam tu ke caranya. Kiranya dia buat report kat doc pakar ni. So, dipendekkan cerita, doc pakar ni suh aku stop dulu guna apa2 produk pewangi ni. No facial wash, no toner, no cream, no perfume & paling aku tak bleh tahan dia tak bagi jugak pakai deodorant. Biar betik doc ni. Nak suh kawan2 aku pengsan bau ketiak aku? alaa yang ni macam taknak ikut jer. Yang lain ok. Pastu tak kasi aku pakai spek, tak payah pakai brooch, tak payah pakai jam tangan. Mak oii doc, banyaknye pantang larang. Nampaknya terpaksalah aku berpantang buat masa ni kecuali deodoran ok. Nasib baik boleh pakai compact powder. Kalau tidak, dahlah ketiak busuk, muka pon tak selera nak pandang..huhu

So, dapatlah aku cream pelembap, cream tahan gatal & pil. Aduhh ni yang lemah ni bab2 pil ni. So, next appoinment will be on 13th Jan 2012. Dia kata time ni, nak buat test alergik. Laa apsal tak buat jer sekarang doc!

Ni pil untuk apa tah..lupa nak tanya. Nasib lah cinonet jer. Bleh la aku telan. hehe

Krim tahan gatal

Krim pelembap yang macam botol racun. Besar gabak dia bagi aku..
Malam tu, pakailah cream pelembap tu dulu. Okla, takde rasa apa. Nak tido, aku sapu plak cream eumovate tu. Mak aii..mula2 rasa cam pedih2 skit. Pastu rasa cam perit2, gatal2..arghh tak tahannya. Merenyam2 rasa dia. Macam nak garu guna garpu. Serious aku tak tahan. Malam tu aku takleh tido sampai nak dekat pukul 4 pagi aku rasa. Memang menyiksakan. Macam kulit aku ditarik2. Bila aku tengok kat cermin, berair rupanya muka aku. Tak taulah sebab peluh tahan sakit ke, or memang air bisa muka aku tu. 

Bangun pagi, tengok muka aku jadi berkeruping dah, tempat yg gatal malam tadi tu. Sungguh scary. Tak sempat plak nak snap. Tapi memang agak ngeri lah jadinya muka aku. Cam muka apa jer. Huhu sedey giler bila tengok muka jadi gitu.

So, dah nak dekat 2 minggu aku pantang segala2nya kecuali deodoran, alhamdulillah la..nampak la perubahannya. Muka dah start licin & dah kurang merah/hitam. Dah kurang gatal2 dah. Harap2nya biarlah terus elok. Baru senang hati untuk next appointment kan..

Oklah, sambung pasal shopping next entry.

06 December 2011

Nickname


Setiap orang mesti ada nama panggilan kan. Nama samaran, nama glemer (glemer la sangat), nama kampong (hehe) dan yang seangkatan dengannya.  Omputih kata nickname kot. Tujuan ada nickname ni supaya senang orang nak panggil kita kalau nama kita panjang. Kan lebih mesra. Bukan setakat nak panggil, nak marah pon senang. Ialah, kalau nama ko panjang kan susah nak berkomunikasi. Contoh,

Weh Sharifah Siti Nor Qamardhia, ko takde keje lain ke? Asik baca blog orang jer.. “

Ha kan macam susah jer nak sebut kan. Nak marah pon tak jadi. Hihi.

Sebenarnya nak cerita pasal nama-nama yang pernah orang panggil ke aku. Walaupon nama aku dah sedia pendek, still ada macam2 nama yang gorjes gak. Haha
  
      Kat rumah 
Sebab aku anak bongsu, automatik kakak & abang aku panggil aku acu or makcu. Standard la kan panggilan anak bongsu. Anak2 buah yang lagi tua dari aku panggil Acu je. Yang lain panggil makcu.

      Kat kampong
Orang kampong sumer panggil aku makcu jugak gara2 kakak2 aku dah panggil nama tu kan.

      Sekolah rendah
Dari darjah 1 sampai darjah 6, semua kawan2 panggil aku makcu jugak. Adess. Ni gara2 sebab aku sekelas ngan anak buah aku la ni. Ada cikgu tanya, dia panggil aku apa. Then trus lekat nama tu. Yang kelakarnya ada gak 1-2 orang cikgu pon panggil aku makcu. Haih. Panggilan ni kekal sampai sekarang ok
      
      Sekolah menengah
Habis jer UPSR, memang dah nekad tak nak sama sekolah lagi dah ngan anak buah aku tu. Taknak sekelas ngan dia lagi. Anak buah aku pilih sekolah agama, aku pegi sekolah biasa. Kat sekolah ni pulak, diorang bantai panggil aku ‘mek’, gara2 nama aku sama ngan pelakon ‘mek habsah’ tu. Ceh diorang ni. Ada ke patut. Tapi takkan aku nak larang plak kan. So, dari form 1 -5, semua kawan2 panggil aku mek. Kekal sampai sekarang ok.

      Kat Universiti
Masuk U pulak, ada yang panggil ‘becah’, ada yang panggil ‘cah’. Hmm oklah tu. Boleh diterima.

      Keje kat Melaka.
Kakak rumah aku panggil aku ‘besah’. Very the kampong one.

      Keje kat  Perlis.
Mula2 elok jer panggil Habsah. Tapi tak lama pas tu, ada yang start panggil aku ‘B’. Nama tu terus melekat plak sampai ada yang panggil ‘kak B’. Yang paling best, bos aku pon bleh panggil aku ‘cik B’..hehe lawak lah bos ni..

       Sekarang
Ada yang panggil aku ‘cah’, ada yang panggil ‘besah’. Ok je lah.

So, itulah antara nama2 yang orang pernah panggil aku sepanjang aku hidup ni. Nasib baik takde nama yang buruk2 kan.

* baru lepas tengok crite kat tv9 kot..nama kg bedah..nama bandar jadi 'bedi'..kahkah..memang tak bleh bla la..

Cerite 10M


Haa ni nak citer pengalaman aku masa kecik2 dulu bila tiba jer 10 Muharram ni. Masa tu aku sekolah rendah lagi rasanya. Tak tau pon bila 10M tu, time tu apa aku tau kan. Hee..


Alkisahnya masa tu bila 10M jer, adalah 3-4 orang kampung aku akan datang ke umah aku untuk bersedekah kat kitaorang. Umah aku kan ada ramai anak yatim (macam pusat pengumpulan anak yatim pun yer gak..hehe). Tapi kalau nak dikira bawah umur masa tu, aku ngan 2 orang anak buah aku. So, dalam 3 orang lah. Kakak2 aku tu takyah kira lah..sebab dah jadi gadis yatim..(suke2 ko je kan).


Masa tu makcik2 ni datang bukan setakat sedekah jer, lepas jer sedekah, diorang mesti usap kepala/rambut aku. Aku pon pelik gak masa tu. Nape nak kena buat cenggitu? Siap ada yg cium kepala /rambut aku. Nasib ko lah makcik kalau rambut aku busuk time tu..maklumlah baru lepas main kejar2, nyuruk2, tembak2..haha. Yang aku nak bagitau, lepas jer diorang buat macam tu kat aku, mesti aku sebak. Air mata dah bergenang. Aku pon tak tau kenapa. Memang aku cenggeng. Aku rasa macam sedih sangat. Mungkin sebab rasa macam ada orang sayang kot. Masa tu standard sedekah kat kg aku dalam 50 sen kot. Aku pon dah tak ingat. Tu dah dikira besar dah tu.


Satu lagi kisah, tengah mengaji, ada sorang makcik ni pon hantar anak dia mengaji kat situ. Dia ni aku ingat sampai sekarang sebab suka sedekah beras kat aku. Pon cara yang sama gak. Usap kepala aku, cium..huhu memang sedih arr time tu..Dan2 air mata aku bergenang & terus nangis. Dia ni tak bagi duit, tapi bagi beras. Dah satu keje plak aku nak kena ngendong beras 5 kilo tu bawak balik umah. Nasib baik umah tak berapa jauh.Jalan kaki dalam 2-3 minit jer..hehe.


Dulu2 aku tak tau kenapa diorang buat kat aku macam tu. Bila dah besar skit, baru aku tau betapa besarnya hikmah orang yang dapat mengusap kepala anak yatim pada 10M ni. macam entry aku sebelum ni, jika seseorang tu menyapu/mengusap kepala anak yatim, ganjaran yang Allah akan beri ialah insyaallah orang itu akan dikurniakan  sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. Bayangkan, ‘ bagi tiap-tiap helai rambut yang disapunya’. Patutlah makcik2 ni beria2 mengusap kepala aku + cium lagi. Aku sentiasa berdoa semoga Allah akan memberi ganjaranNYA kepada mereka2 yang pernah bersedekah pada aku suatu masa dulu. Aminn..


Sekarang ni pulak, hanya dapat makan bubur Asyura yang kakak aku bawak balik dari surau setiap kali 10M. Kat kg aku memang setiap tahun akan buat gotong royong untuk masak bubur ni. Bubur ni lebih kurang cam bubur lambuk gak lah.


So, sekarang ni aku teringin sangat nak usap rambut anak yatim macamana yang orang pernah buat kat aku dulu. Ada kenal sapa2 yang anak yatim tak? dengan syarat mestilah di bawah umur yer..sebab saya tau kawan2 saya ramai gak yang MAK yatim..tak dikira okeh..hehe

10 Muharram


Hari ni 6hb Dec bersamaan dengan 10 Muharram atau nama lain dia Hari Asyura. Korang perasan ke tak ni? Aku pon hampir tak terperasan. Nasib baik semalam terperasan. So, sempatlah men’goggle’ tengah2 malam semalam kelebihan 10 Muharram (10M) ni. Sebelum ni aku hanya tau bila 10M ni, disunatkan berpuasa dan bersedekah. Pastu kalau kat kampung aku, ada gotong royong kat surau masak bubur Asyura. Yang lain2 tu, macam tak bape nak amek tau sangat. Rupa2nya banyak betul kelebihan 10M ni. Rugilah orang macam aku ni yg baru nak amek tau sekarang.

So, untuk panduan/rujukan aku dimasa akan datang & untuk rujukan rakan2 semua, aku copy kan jer kelebihan2/amalan2 sunat pada 10M ni.

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah.
Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah.
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat.
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak.
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca surah Al-Ikhlas 1,000 kali.
Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca surah Al-Ikhlas 11 kali.

12. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

So, kepada kawan2 semua, yang mungkin tak sempat nak puasa, boleh buat amalan2 lain yang disunatkan. Semoga kita sama2 mendapat ganjaran dari Allah.


(Nanti nak cerite pengalaman aku masa kecik bila tiba 10M ni)

01 December 2011

Tak sabar

Sebenarnya dari 29 – 3hb ni ada Perhimpunan Umno (PU) kat PWTC. Hari ni dah 1hb. So, lagi 2 hari perhimpunan dah nak abis. Aku punyalah tak sabar nak tunggu PU ni. Dari bulan lepas lagi aku dah sibuk riki2 cari & nak tau bila PU ni. Ha patriotik tak aku? haha

Sebenarnya bukan tak sabar nak join diorang tu berkumpul & nak dengar masing2 berbahas. Tapi aku sebenarnya tak sabar nak serbu gerai2 yg dibuka sempena PU ni. Memang setiap taun aku tak pernah miss lagi pergi gerai2 kat PU ni. Dulu lagilah, masa ofis 2 kangkang kera jer dari PWTC tu, memang wajib pegi. Selalunya g time rehat hari Jumaat la. Lama skit bleh jalan2 cuci mata kan..

Apa yang bestnya gerai2 kat PU tu? mmm sama jer macam gerai2 kat pasar malam tu..hehe. Ada jual kain baju, tudung, makanan, produk kecantikan, kesihatan, makanan, hiasan rumah & macam2 lagilah. Tapi aku hanya tertarik dengan gerai yg jual kain ela..hehe. Sebab? Sebab kain2 ela kat situ dijual pada harga yang tersangatlah murahnyer..hehe. Kan aku pernah gak tulis entri pasal aku gila shopping kain ela ni dulu. Hehe tak sabarnya nak gi memborong kain banyak2. Buat stok setaun.

So, untuk pengetahuan kawan aku lydsunshine tu, aku plan untuk pergi ke PWTC pada esok hari sebab esok aku cuti. Giler hebak siap amek cuti hehe. Taklah, sebenarnya esok aku cuti sebab ada appointment ngan doctor pakar kulit kat HKL. Ni kes kulit muka aku ni lah. Tah bila tah nak eloknya. Haa yg ni pon nanti aku buat entri khas pasal kulit muka aku ni. Macam2 dah jadi. So, aku plan, balik dari jumpa doc, blehla singgah PWTC untuk shoppinggg..Tapi kalau nak diikutkan, hari Sabtu lagi offer gila2 sebab last day kan. Hmmm tengoklah camna nanti. Kalau rajin, bleh serbu lagi ari sabtu tu. Smile with tongue out

mmm..bestkan pilih2 kain