06 December 2011

Cerite 10M


Haa ni nak citer pengalaman aku masa kecik2 dulu bila tiba jer 10 Muharram ni. Masa tu aku sekolah rendah lagi rasanya. Tak tau pon bila 10M tu, time tu apa aku tau kan. Hee..


Alkisahnya masa tu bila 10M jer, adalah 3-4 orang kampung aku akan datang ke umah aku untuk bersedekah kat kitaorang. Umah aku kan ada ramai anak yatim (macam pusat pengumpulan anak yatim pun yer gak..hehe). Tapi kalau nak dikira bawah umur masa tu, aku ngan 2 orang anak buah aku. So, dalam 3 orang lah. Kakak2 aku tu takyah kira lah..sebab dah jadi gadis yatim..(suke2 ko je kan).


Masa tu makcik2 ni datang bukan setakat sedekah jer, lepas jer sedekah, diorang mesti usap kepala/rambut aku. Aku pon pelik gak masa tu. Nape nak kena buat cenggitu? Siap ada yg cium kepala /rambut aku. Nasib ko lah makcik kalau rambut aku busuk time tu..maklumlah baru lepas main kejar2, nyuruk2, tembak2..haha. Yang aku nak bagitau, lepas jer diorang buat macam tu kat aku, mesti aku sebak. Air mata dah bergenang. Aku pon tak tau kenapa. Memang aku cenggeng. Aku rasa macam sedih sangat. Mungkin sebab rasa macam ada orang sayang kot. Masa tu standard sedekah kat kg aku dalam 50 sen kot. Aku pon dah tak ingat. Tu dah dikira besar dah tu.


Satu lagi kisah, tengah mengaji, ada sorang makcik ni pon hantar anak dia mengaji kat situ. Dia ni aku ingat sampai sekarang sebab suka sedekah beras kat aku. Pon cara yang sama gak. Usap kepala aku, cium..huhu memang sedih arr time tu..Dan2 air mata aku bergenang & terus nangis. Dia ni tak bagi duit, tapi bagi beras. Dah satu keje plak aku nak kena ngendong beras 5 kilo tu bawak balik umah. Nasib baik umah tak berapa jauh.Jalan kaki dalam 2-3 minit jer..hehe.


Dulu2 aku tak tau kenapa diorang buat kat aku macam tu. Bila dah besar skit, baru aku tau betapa besarnya hikmah orang yang dapat mengusap kepala anak yatim pada 10M ni. macam entry aku sebelum ni, jika seseorang tu menyapu/mengusap kepala anak yatim, ganjaran yang Allah akan beri ialah insyaallah orang itu akan dikurniakan  sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. Bayangkan, ‘ bagi tiap-tiap helai rambut yang disapunya’. Patutlah makcik2 ni beria2 mengusap kepala aku + cium lagi. Aku sentiasa berdoa semoga Allah akan memberi ganjaranNYA kepada mereka2 yang pernah bersedekah pada aku suatu masa dulu. Aminn..


Sekarang ni pulak, hanya dapat makan bubur Asyura yang kakak aku bawak balik dari surau setiap kali 10M. Kat kg aku memang setiap tahun akan buat gotong royong untuk masak bubur ni. Bubur ni lebih kurang cam bubur lambuk gak lah.


So, sekarang ni aku teringin sangat nak usap rambut anak yatim macamana yang orang pernah buat kat aku dulu. Ada kenal sapa2 yang anak yatim tak? dengan syarat mestilah di bawah umur yer..sebab saya tau kawan2 saya ramai gak yang MAK yatim..tak dikira okeh..hehe

No comments:

Post a Comment