12 December 2011

Jumpa pakar kulit


Baru teringat nak update apa jadi masa hari aku jumpa pakar kulit ari tu dan sesi shopping lepas tu. Ni gara2 geng2 aku lah ni sibuk nak tau berapa banyak aku borong kain ari tu..hehe..nanti aku citer yer. Citer pasal masalah kulit aku dulu.

Kat Hospital
Appointment pukul 8.30 am. Aku gerak dari umah dalam pukul 7 gak. Macam time nak gi keje. Sampai kat hospital nak dekat pukul 8. Terus pegi bahagian dermalogi. Sampai2, mak aii ramai plak orang dalam tu. Aku ingatkan tak ramai orang ada masalah kulit hehe. Rupanya dia campur yang takde appoinment pon bleh terus datang situ. Patutlah ramai orang. Huh.

Lepas bagi surat appoinment tu, duduk dulu. Pastu dia panggil bagi nombor. Aku dapat no. 3. Oklah tu kan. Dalam pukul 8 lebih, sampailah giliran aku. Cuak gak ni. Sebab dalam pikiran aku mesti kena amek darah punyalah ni. Sebab dia mesti nak tau kalau2 darah aku ada problem ke kan. Aduhh ngeriii.

Masuk jer bilik doctor, ada sorang doctor lelaki tengah tunggu aku masuk. Aku pon duduk depan dia. Dia pon tanyalah masalah aku, sambil dia nak tulis report. Hensem giler doc ni. Muda lagi ni. Ntah2 baru graduate. Tinggi, kulit putih, pakai spek, muka macam soft2 je kan. Takde muka garang langsung. Hik2..sempat plak skodeng doc ni dulu. Rupanya dia ni Pegawai Perubatan. Dia pon tanyalah macam2 masalah kulit aku ni. Aku pon ceritalah dari A sampai Z. Bila start, then aku pakai produk apa, and so on so on. Last tu, dia nak rasa pipi aku yang merah tu. Lembut giler tangan dia, hehe..Dia kata muka aku panas, menunjukkan kulit aku tu radang lah. Yang aku pulak rasa tangan dia panas jer pegang pipi aku..hahah. Pastu, dia suh tunggu sebab dia nak bawak jumpa doc pakar. Ooo aku ingatkan dia doc pakar..kiki

10 minit gitu, jumpalah doc pakar..perempuan. Doc tadi tu ceritalah semula masalah aku kat doc pakar tu. Oo macam tu ke caranya. Kiranya dia buat report kat doc pakar ni. So, dipendekkan cerita, doc pakar ni suh aku stop dulu guna apa2 produk pewangi ni. No facial wash, no toner, no cream, no perfume & paling aku tak bleh tahan dia tak bagi jugak pakai deodorant. Biar betik doc ni. Nak suh kawan2 aku pengsan bau ketiak aku? alaa yang ni macam taknak ikut jer. Yang lain ok. Pastu tak kasi aku pakai spek, tak payah pakai brooch, tak payah pakai jam tangan. Mak oii doc, banyaknye pantang larang. Nampaknya terpaksalah aku berpantang buat masa ni kecuali deodoran ok. Nasib baik boleh pakai compact powder. Kalau tidak, dahlah ketiak busuk, muka pon tak selera nak pandang..huhu

So, dapatlah aku cream pelembap, cream tahan gatal & pil. Aduhh ni yang lemah ni bab2 pil ni. So, next appoinment will be on 13th Jan 2012. Dia kata time ni, nak buat test alergik. Laa apsal tak buat jer sekarang doc!

Ni pil untuk apa tah..lupa nak tanya. Nasib lah cinonet jer. Bleh la aku telan. hehe

Krim tahan gatal

Krim pelembap yang macam botol racun. Besar gabak dia bagi aku..
Malam tu, pakailah cream pelembap tu dulu. Okla, takde rasa apa. Nak tido, aku sapu plak cream eumovate tu. Mak aii..mula2 rasa cam pedih2 skit. Pastu rasa cam perit2, gatal2..arghh tak tahannya. Merenyam2 rasa dia. Macam nak garu guna garpu. Serious aku tak tahan. Malam tu aku takleh tido sampai nak dekat pukul 4 pagi aku rasa. Memang menyiksakan. Macam kulit aku ditarik2. Bila aku tengok kat cermin, berair rupanya muka aku. Tak taulah sebab peluh tahan sakit ke, or memang air bisa muka aku tu. 

Bangun pagi, tengok muka aku jadi berkeruping dah, tempat yg gatal malam tadi tu. Sungguh scary. Tak sempat plak nak snap. Tapi memang agak ngeri lah jadinya muka aku. Cam muka apa jer. Huhu sedey giler bila tengok muka jadi gitu.

So, dah nak dekat 2 minggu aku pantang segala2nya kecuali deodoran, alhamdulillah la..nampak la perubahannya. Muka dah start licin & dah kurang merah/hitam. Dah kurang gatal2 dah. Harap2nya biarlah terus elok. Baru senang hati untuk next appointment kan..

Oklah, sambung pasal shopping next entry.

2 comments:

  1. ada deodarant yang khas utk orang kulit sensitive. Daripada bahan natural. I suggest u stop pakai ubat doktor ni. Tak membantu biasanya, buat lagi teruk

    http://krupkrup.blogspot.com/2012/06/mengejutkan-laporan-penindasan-kelenjar.html

    ReplyDelete
  2. Salam..nk tny, sis pergi hospital mana ye? Dan masih troskn lg ke dgn rawatan ni?

    ReplyDelete