28 October 2011

Citer tamil yang best!

Aku adalah seorang yang memang tak suka/malas nak tengok apa-apa cerita kat tv yang bersarikata. Sebab aku terpaksa fokus dok depan tv..then kalau tertinggal baca sarikata, dah jadi tak paham plak ngan jalan criter..sebab tu aku tak suka..aku jenis yg suka sambil tengok dengar tv, sambil buat keje lain..contoh, sambil lipat kain ke, sambil baca paper ke, sambil main game Angry Bird ke..hehe..so, aku boleh buat 2-3 keje dalam satu masa. Bijak tak aku menguruskan masa? Haha
Sebab tu aku hanya suka tengok criter melayu..sebab bleh dengar jer criter tu, takyah tengok pon bleh paham..so,citer omputih ke, cina ke, korea ke, Hindustan ke, tamil ke..sumer aku tak berapa suka nak tengok..
Sebenarnya nak criter malam Deepavali ari tu, tetiba datang mood nak layan criter Tamil plak..tah malam tu takde mood nak buat apa2..takde mood nak on PC, takde mood nak baca paper, malas nak lipat kain..nak baring2 je kat sofa sambil layan tv..so, tukar2 chanel..lalu kat tv2..tajuk criter Edhiran kalau tak silap..baca synopsis jap, macam best gak..layan je lah, sbb chanel lain macam tak best jer..
So, rupa2 nya criter ni memang best..memang layan..dah tengok, takleh stop sebab nak tau kesudahannya. Aku criter skit la synopsis dia ek..kalau berminat baca, kalau tak , scroll je trus ke bawah..baca ending..hehe
Criter ni mengisahkan seorang saintis/programmer dilakonkan oleh Rajanikanth (eh betul ke eja nama dia ni) telah mencipta seorang/seekor robot (eh apa penjodoh untuk dia ni ha?) bernama Chitti. Dia cipta robot ni menyamai kuasa 100 orang manusia..ha cuba korang bayangkan..best kan..tujuan dia cipta robot tu untuk jadi tentera/askar..so, takdelah ramai rakyat yg terkorban kalau pergi berperang. (bagus gak idea ni kan) takdelah ramai balu or anak yatim. Tapi masa ujian untuk jadi tentera tu, panel tu perasan Chitti ni takde perasaan. Dia tak kenal mana musuh, mana kawan. Dia hanya ikut arahan. So, kalau arahkan dia bunuh jeneral tentera tu pun dia akan bunuh. So, ujian tu fail.
Balik makmal, tuan dia pikir plak camna nak bagi Chitti ni ada perasaan..so dia pon masukkan lah hormon biar Chitti ni ada perasaan. Tapi bila dah ada perasaan, ada problem baru plak timbul..si Chitti ni dah jatuh hati plak kat awek dia..(Aishwarya Rai) ah sudah..bila pergi balik interview untuk jadi tentera tu, Chitti ni buat hal plak tiba2 jer jadi jiwang teringat kat si Aish ni..siap bermadah berhelah kat depan panel tu..so, fail lagi.
Balik makmal, Raja ni marah lah sebab Chitti ni suka kat awek dia..mana bleh lawan tokey kan..so dia musnahkan si Chitti ni..then buang kat tempat sampah.
Dipendekkan criter, si Chitti dia ni dijumpai oleh saintis jahat plak (biasalah criter Tamil kan). Si jahat ni ambik, pasang balik badan dia, then masukkan plak cip warna merah..iaitu kuasa jahat. So, si Chitti ni  dah jadi sejahat2 robot plak dah. Siap Chitti ni bleh cipta plak robot lain..haha hebat kan..1 jadi 2..dari 2 beranak 4..8..16..32..ha bayangkan berapa ribu robot jahat dia dah cipta..pastu dia bunuh plak saintis jahat tu tadi..kejam gile Chitti ni..
Pendekkan lagi criter, (sbb criter tamil kan panjang..hehe), Chitti ni pegi culik Aish masa ari kawin dia..dia cakap dia suka kat Aish..tapi,Aish kata dia suka kat Raja..lagilah Chitti ni marah..trus dia bawak Aish lari..so, bermulalah episode polis mengejar & berlawan ngan robot. Yang best, part nilah sebab robot2 tu banyak dan begitu berkuasa untuk lawan polis. Macam2 kemusnahan dia buat. Polis semua kalah, polis semua kena tembak..excited & jerit2 aku tengok criter ni..hehe..emosi terlebih.
So, Raja & polis pon plan camna nak selamatkan isteri dia& nak musnahkan robot2 jahat ni..dia pon dapat idea untuk menyamar jadi salah sekor robot yg banyak2 tu sebab kat bangunan robot2 tu, semua muka serupa..pengawal serupa, driver serupa..semualah..so, Raja ni lepas lah masuk bangunan ni..& dia berjaya plak jadi penghantar makanan ke bilik Chitti & Aish. So, masa tu lah dia hint kat bini dia cakap dia adalah Raja & mintak kerjasama bini dia supaya lekakan Chitti tu sebab dia dah plan ngan polis. Raja kena tanggalkan cip merah kuasa jahat kat Chitti tu.
Dipendekkan lagi crite(huh panjang giler criter ni), Chitti macam dapat detect ada orang nak aniaya sebab tiba2 bangunan tu blackout, generator tak boleh nak pasang sebab minyak dalam tu dah diganti ngan airlah..robot2 ni risaulah sebab mereka perlukan elektrik untuk charge kuasa mereka.
So, bermulalah adengan berlawan antara robot2 yang beribu2 tu ngan polis. Best woo part ni sebab robot2 tu bleh buat formasi macam2 plak. Kejap jadi bulat, kejap jadi sfera, kejap jadi naga, jadi ular..memang best arr masa ni..teruja aku tengok sambil jerit skit2..hehe..akhirnya setelah berhempas pulas mengalahkan robot2 tu..mestilah yg tinggal pon hero & heroin je kan..dapatlah Raja tanggalkan cip tu..trus Chitti jadi baik semula.
Endingnya, agak syahdu skit sbb mahkamah arahkan Raja tanggalkan badan Chitti sebab walaupon boleh digunakan untuk membantu Negara, tapi lagi banyak kemusnahan/kerugian jika disalah gunakan. Raja pon dengan sedihnya arahkan Chitti tanggalkan badan dia sendiri. Chitti pon dengan rela hati tanggalkan body dia satu persatu..mula2 kaki, tangan, kepala..& last trus dia mati..
Dahhh habis dah..best tak citer ni? Kalau tak best, maksudnya aku tak pandai olah lah tu..baik korang tengok jer sendiri..hehe

19 October 2011

Terkena lagi..


sambungan cerita kad kredit..

satu ari tu, ada pompuan ni call aku.

"saya dari service card centre..kami ada promosi untuk semua pengguna visa card..kami nak bagi vip card" lebih kurang gitulah ayat dia. Dan seperti biasa, dia akan promote merepek citer pasal vip kad dia tu..pendek kata memang aku ni insan bertuah la yg dapat..sumer dia bagi..langit ngan bumi jer dia takleh nak bagi..haa kau best tak perumpamaan aku..takkan taknak plak kan..

Aku insan yg naif ni pon dah puas menolak, tapi dia paksa rela kata memang semua pengguna akan dapat. so, aku pun yang macam telah dihembus dengan ayat2 cinta kat telefon tu terus jer bagi beberapa maklumat yang agak sulit sebenarnya. Walaupun rasa sedikit was2, aku tetap bagi.(bengongnya aku)Ibaratnya aku nak bagi kau sebakul buah epal..saje suka2 nak bagi..ko kena ambik..tak boleh tidak..mm ok je lah kan..sapa taknak..

Tapi bila dah last part baru dia nak crite pasal dikenakan bayaran, aku dah start gelabah..tadi cara ko cerita macam nak bagi free jer buah epal tu..sekali ko kata kena bayar plak seumur hidup..ni apa citer ni? mahal plak tu. Ibaratnya aku saja2 nak bagi ko buah epal tu kat semua orang..tak boleh tak ambik..tapi ko kena bayar..what the *&^%? bila aku mati2 kata aku taknak kad tu, dia kata tak boleh..sebagai pengguna kad visa, memang dia akan bagi..dah tu nape nak kenakan bayaran?

Dipendekkan cerita, esoknya dia call lagi kata tengah tunggu approval dari bank untuk kad tu..memang aku geram siottt. Bila masa aku setuju nak kad tu ha? dia anggap dengan aku dah bagi beberapa maklumat sulit tu, aku dah setuju..memang macam *&^%$# lah ko ni..walau aku dah kata taknak, tetap dia kata memang kena ambik..&^%$!

Balik rumah, aku takleh nak fokus apa yg aku buat..aku terbayang2 jer apa yg dah jadi..dgn rasa geramnya..& rasa takut apa akanjadi sbb aku dah terbagi maklumat sulit tu..tah2 dia tengah syok guna kad aku beli barang online ke..sekali sampai bil, dah rm60 juta..mati aku..

Esoknya, aku terus call customer service kad kredit aku untuk dapatkan pengesahan. Dan dia kata diorang takde offer vip kad tu..ohhh tidak!! so, aku pun mengadu nasiblah kat budak tu tentang kebengongan aku ni. (mesti dia kata, bengongnya akak ni, punyalah banyak kes kat paper ari2..tu pun leh kena tipu lagi) akak ngaku, kadang2 benda2 yg best ni, akak akan jadi bengong sekejap..huhu

So, dia nasihatkan aku terminate kad kredit aku & apply baru..waa aku baru pakai seminggu dah kena terminate..aku pon setuju jer sebab taknak ada masalah nanti..so, aku dah takde kad kredit dah..hahah..tapi sekejap jer ok, dalam 2 minggu lagi, dia akan bagi kad yang baru..

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar
Aku tidak akan terpedaya lagii!!!

ps: sori,entry ni macam byk terguna simbol plak..emosi terlebih

 

17 October 2011

Cerita kad kredit

Bulan 2 ari tu, aku nekad untuk terminate kredit kad..aku memang taknak guna dah walau apa pon jadi. Biarlah belanja ikut kemampuan. Kalau ada duit, beli..kalau rasa2 duit cukup2 untuk sampai next gaji, lupakan saja..pejam mata..

Sebab pertama, dah menyampah tengok interest yang tak penah nak abis..
Sebab kedua, selagi ada, aku asik nak guna jer..pantang nampak yang aku berkenan, mesti aku rembat (especially kasut & hand bag..hehe). 
Sebab ketiga, aku dah 'ter'setuju untuk ambik insuran yg akan dipotong dalam akaun kad kredit aku setiap bulan. Memanglah tak banyak, dalam RM30++ jer..tapi, rasa membazir gak bayar benda yg aku tak guna. Aku dah try nak terminate insuran tu, tapi banyak plak songehnya. Kena call balik insuran tu, bukan bank ok. Huh, time kau nak paksa rela aku ambik insuran tu, bukan main lagi..kat telepon je pun boleh. Time nak terminate, mcm2 plak syaratnya..so, nekad, terminate jer..padan muka insuran tu sbb dah tak dapat nak ambik duit aku (padan gak muka aku sbb dah tak bleh beli kasut & handbag).

So, merasalah aku hidup tanpa kad kredit. Serius aku cakap, memang aku kena kawal perbelanjaan & nafsu aku. Lama gak aku tak gi shopping rasanya. Window shopping lagi aku tak ingin. Sebab boleh buat aku rasa berangin. Sebab tak dapat barang yg aku kepingin.

Tapi, dalam 3 minggu lepas, aku tetiba macam teringin plak nak ada semula kad kredit (tu lah, gatal lagi kan). Aku pon gi bank tu, apply. Dipendekkan cerita, sebab opis aku yg baik hati telah me'revise' gaji staff dia yg berdedikasi mcm aku, so aku pun layaklah untuk apply kad tu. (sbb sekarang kan syarat gaji dah dinaikkan untuk apply). Org bank kata, proses dalam 2 minggu..

Seminggu lepas apply, org bank call, dah boleh collect kad.(sememangnya aku layak kan..hehe). Aku pon apa lagi, tanpa lengah lagi terus gi collect. Tak sabar ni nak guna (tak sedar diri, itu semuanya menambah hutang). Ah lupakanlah kejap pasal hutang tu, 'yang penting kita enjoyy!! hehe'

Genap seminggu aku guna kad tu, ada sekor makhluk ni call aku...eh sambung next entry lah..mcm dah panjang plak kat sini..



05 October 2011

habis dah Syawal..


Ingatkan dah last week Syawal ari tu, boleh rehatkan perut dah..boleh dah nak habiskan ganti puasa. Tapi rupanya, makin banyak plak jemputan untuk makan2. So, tak sempatlah nak abiskan baki puasa sebelum syawal. Takpe, taun depan try buat azam lagi ek..hehe
  1. Jamuan Raya ofis (15hb)
    Kali ni derang buat kat Legend balik. Taun lepas buat kat bawah ofis tu jer. Sekali kerna serbu ngan public sampaikan staff sendiri tak cukup makan. Ha hamek kau. Agaknya sbb tu taun ni buat kat tempat tertutup. Malam plak tu. Lagilah ramai yg tak boleh datang. Yang single mingle macam aku jer yg boleh pegi..hehe. aku tgok makanan banyak & staff plak tak berapa ramai. Rasanya macam byk jer mknn tak abis malam tu..dah jadi membazir plak..

ni gambar ngan member2 ICT jer..

  1. Makan2 @ umah pok zam (24hb)
    Sabtu petang g umah pok zam. Aku pgi drive sendiri jer sebab taun lepas dah penah g umah dia. So, ingat2 lupalah jln tu..makan sate, spaghetti, n.impit, ayam bakar, blueberry cheese cake (pandai mimi buat..sedappp)..ada mcm2 lagi, tapi dah tak larat nak makan sebab dah kenyang.
    Boleh membawa ke malam kenyangnya..

     
  2. Makan2 @umah ayu & lyd
    Tengahari, start bertolak g umah ayu kat saujana putra. Sebab member yg nak diajak pgi sama ada yg cancel nak pgi, ada yg nak bertolak lambat skit, so aku jalan je lah dulu. Lagipun sebab mcm dah tau jalannya. Menu adalah berasakan pantai timur ok..laksam, laksa..n.tomato..banyak makanan yg agak berat..so, memang kenyang gilerrr..


    Pastu g umah lyd..dia masak sendiri. Hebat kawan aku sorang ni. Ada spaghetti, n.impit, fries, ayam goreng (I like..) ..daging masak..apa ek nama dia? Tapi sedaplah semua..makan kali ni aku rasa makanan dah sampai paras tekak dah kot..sungguh sadis aku makan..

     
  3. Jamuan Raya ICT (28hb)
    Ini adalah penutup acara makan2 syawal taun ni..yang ni lagilah banyak makanan sampai masing2 membungkus mknn yg tak habis. (sebijik mcm balik kenduri kawen..hehe).
So, ngam2 lah 30 Syawal aktiviti makan2 aku kali ni..huh..
akhir kata,

org Somalia terdampar kebuluran, org Malaysia terdampar kekenyangan..
alhamdulillah di atas rezeki dariNYA.