28 October 2011

Citer tamil yang best!

Aku adalah seorang yang memang tak suka/malas nak tengok apa-apa cerita kat tv yang bersarikata. Sebab aku terpaksa fokus dok depan tv..then kalau tertinggal baca sarikata, dah jadi tak paham plak ngan jalan criter..sebab tu aku tak suka..aku jenis yg suka sambil tengok dengar tv, sambil buat keje lain..contoh, sambil lipat kain ke, sambil baca paper ke, sambil main game Angry Bird ke..hehe..so, aku boleh buat 2-3 keje dalam satu masa. Bijak tak aku menguruskan masa? Haha
Sebab tu aku hanya suka tengok criter melayu..sebab bleh dengar jer criter tu, takyah tengok pon bleh paham..so,citer omputih ke, cina ke, korea ke, Hindustan ke, tamil ke..sumer aku tak berapa suka nak tengok..
Sebenarnya nak criter malam Deepavali ari tu, tetiba datang mood nak layan criter Tamil plak..tah malam tu takde mood nak buat apa2..takde mood nak on PC, takde mood nak baca paper, malas nak lipat kain..nak baring2 je kat sofa sambil layan tv..so, tukar2 chanel..lalu kat tv2..tajuk criter Edhiran kalau tak silap..baca synopsis jap, macam best gak..layan je lah, sbb chanel lain macam tak best jer..
So, rupa2 nya criter ni memang best..memang layan..dah tengok, takleh stop sebab nak tau kesudahannya. Aku criter skit la synopsis dia ek..kalau berminat baca, kalau tak , scroll je trus ke bawah..baca ending..hehe
Criter ni mengisahkan seorang saintis/programmer dilakonkan oleh Rajanikanth (eh betul ke eja nama dia ni) telah mencipta seorang/seekor robot (eh apa penjodoh untuk dia ni ha?) bernama Chitti. Dia cipta robot ni menyamai kuasa 100 orang manusia..ha cuba korang bayangkan..best kan..tujuan dia cipta robot tu untuk jadi tentera/askar..so, takdelah ramai rakyat yg terkorban kalau pergi berperang. (bagus gak idea ni kan) takdelah ramai balu or anak yatim. Tapi masa ujian untuk jadi tentera tu, panel tu perasan Chitti ni takde perasaan. Dia tak kenal mana musuh, mana kawan. Dia hanya ikut arahan. So, kalau arahkan dia bunuh jeneral tentera tu pun dia akan bunuh. So, ujian tu fail.
Balik makmal, tuan dia pikir plak camna nak bagi Chitti ni ada perasaan..so dia pon masukkan lah hormon biar Chitti ni ada perasaan. Tapi bila dah ada perasaan, ada problem baru plak timbul..si Chitti ni dah jatuh hati plak kat awek dia..(Aishwarya Rai) ah sudah..bila pergi balik interview untuk jadi tentera tu, Chitti ni buat hal plak tiba2 jer jadi jiwang teringat kat si Aish ni..siap bermadah berhelah kat depan panel tu..so, fail lagi.
Balik makmal, Raja ni marah lah sebab Chitti ni suka kat awek dia..mana bleh lawan tokey kan..so dia musnahkan si Chitti ni..then buang kat tempat sampah.
Dipendekkan criter, si Chitti dia ni dijumpai oleh saintis jahat plak (biasalah criter Tamil kan). Si jahat ni ambik, pasang balik badan dia, then masukkan plak cip warna merah..iaitu kuasa jahat. So, si Chitti ni  dah jadi sejahat2 robot plak dah. Siap Chitti ni bleh cipta plak robot lain..haha hebat kan..1 jadi 2..dari 2 beranak 4..8..16..32..ha bayangkan berapa ribu robot jahat dia dah cipta..pastu dia bunuh plak saintis jahat tu tadi..kejam gile Chitti ni..
Pendekkan lagi criter, (sbb criter tamil kan panjang..hehe), Chitti ni pegi culik Aish masa ari kawin dia..dia cakap dia suka kat Aish..tapi,Aish kata dia suka kat Raja..lagilah Chitti ni marah..trus dia bawak Aish lari..so, bermulalah episode polis mengejar & berlawan ngan robot. Yang best, part nilah sebab robot2 tu banyak dan begitu berkuasa untuk lawan polis. Macam2 kemusnahan dia buat. Polis semua kalah, polis semua kena tembak..excited & jerit2 aku tengok criter ni..hehe..emosi terlebih.
So, Raja & polis pon plan camna nak selamatkan isteri dia& nak musnahkan robot2 jahat ni..dia pon dapat idea untuk menyamar jadi salah sekor robot yg banyak2 tu sebab kat bangunan robot2 tu, semua muka serupa..pengawal serupa, driver serupa..semualah..so, Raja ni lepas lah masuk bangunan ni..& dia berjaya plak jadi penghantar makanan ke bilik Chitti & Aish. So, masa tu lah dia hint kat bini dia cakap dia adalah Raja & mintak kerjasama bini dia supaya lekakan Chitti tu sebab dia dah plan ngan polis. Raja kena tanggalkan cip merah kuasa jahat kat Chitti tu.
Dipendekkan lagi crite(huh panjang giler criter ni), Chitti macam dapat detect ada orang nak aniaya sebab tiba2 bangunan tu blackout, generator tak boleh nak pasang sebab minyak dalam tu dah diganti ngan airlah..robot2 ni risaulah sebab mereka perlukan elektrik untuk charge kuasa mereka.
So, bermulalah adengan berlawan antara robot2 yang beribu2 tu ngan polis. Best woo part ni sebab robot2 tu bleh buat formasi macam2 plak. Kejap jadi bulat, kejap jadi sfera, kejap jadi naga, jadi ular..memang best arr masa ni..teruja aku tengok sambil jerit skit2..hehe..akhirnya setelah berhempas pulas mengalahkan robot2 tu..mestilah yg tinggal pon hero & heroin je kan..dapatlah Raja tanggalkan cip tu..trus Chitti jadi baik semula.
Endingnya, agak syahdu skit sbb mahkamah arahkan Raja tanggalkan badan Chitti sebab walaupon boleh digunakan untuk membantu Negara, tapi lagi banyak kemusnahan/kerugian jika disalah gunakan. Raja pon dengan sedihnya arahkan Chitti tanggalkan badan dia sendiri. Chitti pon dengan rela hati tanggalkan body dia satu persatu..mula2 kaki, tangan, kepala..& last trus dia mati..
Dahhh habis dah..best tak citer ni? Kalau tak best, maksudnya aku tak pandai olah lah tu..baik korang tengok jer sendiri..hehe

No comments:

Post a Comment