26 September 2012

Jalan2

Salam semua,

Hari ni kena g kursus di Cherating. Ala2 team building kot. Nerbes gak sbb dah lama x g kursus mana2. Last aku g induksi rasanya. Tahun 2006. Punyalah lama. Huhu. Patutlah HR suh g. Bagi refresh skit. Dah lama sgt dok terperap kat opis tu. Suh tgok dunia luar skit kot. Hee.

So, hope sumernya ok. Enjoy!!

19 September 2012

Sakit tekak II

Salam semua,

Aik siap ada part 2 plak. Mcm drama la plak. Layankan ajelah. Sebenarnya saja nak crite pasal sakit tekak ari tu.

Ari Sabtu x-housemate jemput ke rumah dia sbb dia ada buat mkn2. Lagipun mak dia ada kat KL. Tu yang diorang main msak2 tu. Hee. Sebenarnya awal2 dah bgtau dia yg aku x janji dtang sbb tgh x sihat & xleh mkan. Tapi bila dia kata mak dia ada, gi je lah jengok jap. Rupanya mkn2 sempena birthday anak dia. Wah mcm2 mknn ada. Tp sbb aku xleh mkn aku tak lah pgi usha semua. Nanti keliur. Huu. Aku cuma mkn bubur jagung & agar2 je. Tu pon dlm kuantiti yg amat sdikit. Paksa telan je tu. Pas dok borak dlm stgh jam aku pon blik sbb nak grak blik kg plak ni. Umah aku pon ada kenduri esok. Petang ni mesti dah ada org msak2. Otw tu singgah kg baru jap gi cari madu. Nak try minum air campur madu plak.

Sampai kg singgah kedai beli roti takut xde mknn yg bleh dmkan. Maklumlah kenduri kan. Sampai2 je umah, anak buah aku trus bawak sepinggan pulut kuning ngan sambal petai trus dok sblah aku tayang kat aku. Aduhh geram je. Itu mknn peberet sumer org dlm rumah tu tau. Takpelah aku tahan je. Pastu akak aku ajak gi amek sate. Dia dah order. Waaa sedapnyaa. Aku dah agak dah mesti ada sate mlm tu. Akak aku order 200 cucuk sbb nak wat birthday party anak2 dia plus nak jamu sedara mara yg ada mlm tu yg tolong masak.
Malam tu menu adalah sate ayam,daging, kek, mee kari, nugget, sosej & kuih muih. Mula2 aku amek kek skit. Hmm blehla telan sbb dia lembutkan. Pasty amek nugget & sosej. Boh dlm pinggan pastu dok senyap2 cubit benda tu kecik2 mkn. Itupon rasa seksa ya amat. Peritnya lah. Org dah bertukar 3-4 menu, aku doklah menu tu berjam2. Last2 amek gak sate sbb nak gak rasa (mcm la x penah mkn sate..huu).Dahla yg tinggal daging je. Ayam abis. So cubit gak kecik2 mkn. Tp dah nama pon daging. Mestilah keras. Siksa gila nak telan. Bahananya bertambah perit tekak aku mlm tu masa nak tido. Mcm dicucuk2 dgn rempah + lidi sate tu.. euuuu..

Esoknya kenduri. Menu kari kambing, rendang daging, gulai udang petai, ayam kicap, nasi minyak..mm sedapnyaa..tapi aku tgok je lah. Hari kenduri lagi tekak aku wat perangai. Siap muntah 3-4 kali. Aduhh seksanyaa. Tapi kluar air je lah. Nak muntah pun sakit sbb mulut aku takleh nganga luas2. Oo lupa lagi satu menu. Akak aku order cendol. Aku pon mkan lah sbb orang kata banyakkan makanan sejuk. Masa hirup cendol tu, ok lah jugak. Sakit tu still ada, cuma bleh la telan sbb sejuk kot. Rasa kebas je tekak aku. Sudahnya 2 mangkuk aku balun cendol dgn harapan dpt kurangkn sakit aku sbb teringin nak mkn nasi minyak. Aku pon try la amek skit nasi minyak, amek lauk ayam kicap ngan rendang daging. Baru je mkn ayam tu..euuu pedih tekak aku. Trus tak mkn dah. Makan nasi minyak je lah. Tu pon jenuh hancur2 kan nasi tu kasi lembik skit. Siksanya nak telan. Mlm aku tak mkn sbb takut sakit & takut nanti muntah plak. Minum air kosong je lah. Dipendekkan cerita, blik kl pon still tak ok jugak. Disebabkan aku dah tak tahan sgt, g jumpa doc semula. Doc nak bgi injection. Trus aku setuju sbb dah x larat dah tanggung sakit ni. Alhamdulillah lpas kena injek, trus beransur sembuh. Sekarang dah bleh mkan semula seperti biasa. * insaf gak jap bila dtarik nikmat mkan selama seminggu. Aku mmg x selera langsung tgok semua mkanan sbb lebih tanggung sakit. Syukur Allah dah kembalikan nikmat makan semula..

13 September 2012

Sakit tekak

Salam semua.

Hari ni mood tak best sebab sakit tekak yg teramat. Ni final la ni. Hari ahad dah start selsema. Isnin badan dah start panas. Sampai la ke hari ni sakit tekak pulak. Selsema dah ok dah. Badan plak kejap ok, kejap panas sbb menahan sakit ni. Aduhh memang sakit sungguh la. Tak sanggup nak telan air liur. Sakit mcm nak nangis pon ada ni. Huhu. Sanggup dok kumpul air liur pastu pkir nak telan ke nak ludah. Nak telan sakit, nak ludah pon sakit.

Malam tadi dah mkan strepsil. Tapi mlm tadi sampai aku takleh tido dibuatnya sbb sakit sgt. Pagi tadi gi jumpa doktor. Hmm dia pon bagi ubat ala2 strepsil tu jugak suh hisap.

Nak menambahkan buruk keadaan hari ni jamuan raya plak kat bahagian aku. Takkan aku tak nak mkan lansong kan. Jamah la jugak dgn penuh kepayahan & keperitan sbb perut lapar. Serius mmg sakit. Berkerut2 aku menahan masa nak telan. Mmg rasa tak best la sbb masa jamuan aku takleh mkan banyak. Haha.

So skrang ni rasa mkin sakit. Aku rasa tonsil kiri aku dah bengkak sbb bila letak tgn kat bwah leher kiri tu rasa sakit. Mcm dah nak berjangkit kat telinga plak sakitnya. Risau plak aku.

Tadi google sekejap kot2 ada petua yg bleh diamalkan selain ubat2 doktor ni. So mcm2 la aku jumpa. Antaranya;

1. kumur ngan air garam - Masalahnya aku mmg tak pandai nak kumur style yg kat anak tekak tu je. Aku takut tertelan je kang.

2. minum air asam jawa - asam jawa kat umah aku ni dibeli khas utk hilangkan hanyir ikan je. So aku selalu amek pkai tgn je dlm bekas tu. Aku takut nanti ada perisa ikan plak air asam aku tu.

3. mkan aiskrim - yeayy yg ni aku suka. Tapi bukan sebarangan aiskrim ye. Jgn mimpi nak mkn cornetto ke, paddle pop ke ye. Disarankan mkn aiskrim vanilla. Contoh aiskrim yg dlm bekas bulat tu ke..atau sundae cone

Banyak lgi sebenarnya, tp yg lain tu mcm aku kurang rajin la plak nak buat. Tadi baru bercadang2 nak trun kat kedai bwah nak cari aiskrim & air asam jawa dlm botol tu. Tapi hujan la plak. Jap gi hujan berenti aku kena trun jugak. Tak tahan dah sakit ni.

04 September 2012

Syukur

Salam semua.

Akhirnya pagi tadi dpt jugak surat yg ku tunggu2 sejak last week. Alhamdulillah atas rezekimu Ya Allah. Dapat kenaikan gred & tambahan gaji. Syukur sgt2.So, nak plan apa ek. Nak beli rumah kah..nak tukar kereta kah..ke nak overlap kah..kah kah. Giler. Blom pape dah pkir nak nambah hutang je..Huuu.

Kejap je happy sbb ptang stress dgn projek kiosk plak. Nak live next week. Hmm wait & see je lah success ke tak. Harap2 nya ok lah.

Tadi dinner magie je sbb smlam dah mkn sate kan. Hii.

* city ke vios ek? :-P

Sabar menanti

Salam semua.

Nampaknya berita yg aku tunggu2 dari hari Khamis lepas masih tiada perkhabaran lagi. Bos bz plak ari ni. Sbb mcm2 hal kontroversi & sensasi plak yg jdi kat opis ni. Hmm sabar je lah.

Cuma dlm tengahari baru dapat emel dari PA bos. Bos nak jumpa esok pagi dlm pkul 8.30 pagi. Hmm..cerah skit masa depan. Insyaallah berita baik2 belaka. Doa2 kanlah. Tak sabar nak tunggu esok.

Tadi mkn mlam pekena sate station kat tmn tasik. Korang penah pekena sate dia? Sate kat sini mmg mahal skit. Singgit sebatang. Tapi mmg puas ati lah. Isi daging/ayam tu banyak  lah. Takdelah kurus2 mcm anak ayam tu yg sekali ngap je dah licin lidi kan. Sini mmg puas ati lah. Kuah kacang dia pon aku suka. Pendek kata mmg memenuhi selera aku lah.

Balik tros mandi. Badan pon dah letih. Jom tido, cpat skit pagi esok. Hee.

01 September 2012

Tunggu jemputan..

Salam semua.

Hari ni plannya nak blik kg. Tapi perut aku masih ada rasa sengal sakit smlam. So, mlas la plak nak blik. Rehat2 kat umah je lah.

Hari ni takde aktiviti menarik pun. Member2 pon xde yg buat open house. Hihi. Taun ni semua pakat tak buat. Takde bajet katanya. Tunggu gak kan. Haha dasar suka mkan betul kan.

Tengahari kluar gi jahit tepi baju. Pastu balik, baca paper..trus zzz..ha itulah aktiviti aku klau cuti2 ni. Apo laei nak buek kan. Buek taik mato la. Haha.

Malam pun tak buek apo. Nengok tv. Peh tu raso cam ngantuk lak blik. Haha. Jom tido blik.

* tetibo plak ckap kg den haa..