Showing posts with label wish list. Show all posts
Showing posts with label wish list. Show all posts

29 November 2011

Bila nak ada guruh di langit..


pic1

Selalunya bila nak sampai je hujung tahun, mesti aku dah buat kira2 pasal bonus. Kira agak2 dapat berapa bulan. Pastu siap dah agih2kan. Berapa nak simpan, berapa nak enjoy (tapi, selalunya mesti banyak untuk enjoy kan..hehe). Pastu buat list nak beli apa. Selalunya item yg wajib ada dalam list tu antaranya kasut, baju, handbang dll..& item yg sengaja diada-adakan adalah handphone ke, barang kemas ke..hehe.

Malangnya tahun ni opis aku kata bonus ditangguhkan ke taun depan. Boleh cenggitu? aduhh..sesuka ati jer. Penat aku buat list panjang2 tau. Alasannya, sebab nak evaluate performance setiap pekerja sehingga bulan Dec ok. Bukan lagi sehingga bulan Okt. Memanglah kalau nak diikutkan, betullah cara tu. Sepatutnya memanglah kerja kita dinilai untuk tempoh setahun. Bukannya 10 bulan jer. Kang lagi 2 bulan tu nak buat apa? Mulalah timbul macam2 alasan. Kerja dah tak dikira lah, tak dinilai lah. Mulalah malas nak wat keje lah, buat keje mcm takde mood lah, buat keje lambat2 lah..& mcm2 lagilah..(termasuk lah aku gak kot, kadang2..hehe).

Bukan lah nak merungut ke, nak piket ke, nak mogok ke apa..cuma sebab dah terbiasa dapat time hujung taun kan. Tu yang macam tak biasa bila taun ni tak dapat tu (gedikss). Sebenarnya selain dari untuk enjoy, bonus tu memang aku gunakan untuk bayar roadtax kete aku yang tamat bulan Jan. So, selalunya aku memang tak payah pening kepala pon pikir mana nak cari duit kan. Memang dah asingkan siap2 untuk duit roadtax. Tapi taun ni, aku tengah pikir gak ni mana nak korek duit untuk roadtax taun depan. Dah la bulan Jan, memang belum dapat bonus lagi time tu..huhu sedeyyy..

Pastu sekarang ni aku tengah menunggu pengumuman dari kerajaan yang pasal dia nak bagi bantuan RM500 bagi keluarga yang berpendapatan bawah 3K. Agak2 apa maksud ‘seisi rumah’ tu yer? bagi yang dah berkeluarga, aku pahamlah. Tapi, kalau single macam aku, agak2 bleh dapat tak? hehe. Best gak kalau dapat kan. Bleh la merasa macam ada bonus gak. Hihi. Tak sabar nak tunggu 1 Dec ni. Nak tahu apa syarat2 dia & sapa yg layak untuk dapat. Harap2 aku termasuk dalam kategori yang layak tu..weeehuuu..


Oklah, jom sambung buat keje. Kan keja masih dikira sampai bulan 12. Huh.

14 November 2011

Radio

Hari sabtu ari tu bleh plak kena keje..arghh..tak suke. Sebab ari sabtu adalah ari untuk aku bangun lewat ok. So, bila kena keje, memang aku amat lah tak suka, walau pon dibayar. Banyak benda aku bleh buat selain bangun lewat tau. Boleh kemas umah, mop lantai, basuh baju, masak2, baca paper, main game..ha kan banyak aktiviti aku bleh buat tu. Tapi sebagai seorang pekerja yg penuh dedikasi (hehe), aku pon kenalah menurut arahan bos aku.

Bukan nak citer pasal testing yang tak best tu, nak citer lepas abis testing tu, aku pon g la merayau kat bawah tu..lupa nak bagitau, testing tu kat The Mall ok, bukan KL Sentral..hehe..so, tu yang aku macam rela je pon kena keje ari Sabtu..hihi..sebab ada agenda lain nak buat..aku sebenarnya nak survey radio..haha..jangan gelak ok..aku taulah orang sekarang mana dah pakai radio2 ni..aku je yg still suka dengar radio ni..

So, tempat yg paling best mestilah senQ kan..situ kan banyak barang elektrik. Aku pon trus ke bahagian radio. Tengok2, jeling2, belek2, pegang2, usik2..opss cukup, ko ingat harta ko ke tu..hehe. Aku jumpa plak radio Sony sama cam yg dekat K4 tu, tapi kat K4, dah takde stok..tinggal yg display jer..aku tanya budak tu, harga sama gak cam yg kat K4..rm299..bila suh dia on kan radio, aku rasa sound dia cam tak berapa best sangat lah..sebab macam takde base..aku tanya lagi ada yang lain tak, budak tu tunjuk kat aku satu radio Philip..harga sama rm299..design, mcm modern gak lah..bila dia on kan, sound dia memang best la dari yg tadi tu..budak tu kata, yg ni ada base (oo patutlah sound dia best skit)..siap ada remote lagi..hehe memang confirm la aku amek yg ni..

Kenapa aku nak sangat beli radio yer? Sebenarnya aku dah ada radio kat umah. Radio tu dah lama aku beli since aku start keje jadi lecturer dulu tu. Ha cuba korang kira sendiri dah berapa lama hayatnya radio aku tu..aku beli taun 2001/02 kalau tak silap. 10 tahun dah..memang patut pon nak ditukar. Radio tu sekarang, masih ok, cuma dah banyak penyakit. Bila on, kena tekan lama2 kat volume dia, baru kluar sound dia..pastu memang dah tak betul la..kejap perlahan, kejap kuat. Bila bukak malam2, kadang agak seram la plak. Aku suka bukak radio time tido. Boleh plak tengah2 tido, dia terkuat sendiri kan..haha..mana aku tak seram. So, dah lama dah aku tak dengar radio time tido, sbb malas nak layan penyakit dia tuh..(sebenarnya aku takut..hehe)

Kalau nak diikutkan, ini adalah radio yang ke-3 aku beli. Satu, masa study kat U dulu. Aku beli gak sebab aku memang jenis suka dengar radio. Tak kiralah time study ke, time tido ke..aku tak suka sunyi sangat. Nak2 plak time aku study dulu tengah hot rancangan pilihan bersama kat radio muzik (sekarang muzik FM). Lagu2 dia memang layan abislah (bagi org yg jiwang cam aku je kot). Lagi jiwang lagu tu, lagi laju aku buat kira2 Math..hehe. Cuma tang subjek yang kena menghafal tu jer aku perlahankan skit sound dia tp still kena pasang ok..(patutlah tak dapat 3 pointer..huhu)

So, nilah gambar radio aku yg lama tu..

radio lama

agak2 aku nak buat apa ek ngan radio ni? nak buang, sayang la plak..nak jual, ada ke org nak beli?..nak bawak blik kg, dah ada radio. Buat semak jer banyak2 radio kat kg nu..haaa bawak g opis la dak..akan dipertimbangkan..

Ni radio aku yg baru tu..

radio baru

ok tak? bolehlah sebab menepati ciri2 yg aku nak..

1. digital, taknak dah analog ni..jenuh nak cari channel..
2. ada remote..senang tengah masak pon bleh tukar2 channel..hehe
3. usb..bleh la aku pasang lagu2 mp3 yg di download tu..hehe..suke


dah tu jer..nak bagitau aku dah beli radio baru..motif??