31 August 2012

Sakit perut

Baru blik dari Klinik Kita, Sentul. Bangun tido pagi tadi trus sakit perut yg amat sgt. Memulas-mulas. Mcm senggugut yg berpanjangan. Terkedang aku atas katil dlm stgh jam. Nak terlentang salah, mengiring sakit..aduhh

Trus terpikir apa aku mkn mlm tadi. Mlm tadi mkn roti je. Takkan sakit perut. Hee. Tipu. Mlm tadi aku mkn roti special. Buat mcm burger tu. Ada salad, timun, tomato, scramble egg & daging burger goreng yg dipotong2 & digaul dgn sos bersama mayonis. Perghh. Best wa ckap lu. Dah ala2 subway plak aku rasa. Hee. Dah la mkn sampai 2 set iaitu bersamaan dgn 4 keping roti. Kenyang sampai ke pagi rasanya.

Dan akibatnya merasalah pagi ni berguling atas katil nu. Aku ingatkn sbb gastrik ke apa ke. Tapi bila doktor kata dia dgr banyak gas dlm perut aku. Angin la tu. Dia kata sbb mknn. Ishh doc ni. Malu i. Nampak na kuat lantok. Kuikui. So dia suh mkn mknn yg mudah hadam & kurangkn kafein. Alaa cmne dia tau aku hantu nescafe ni.Huu.

So lunch utk ari ni..

Gedik kan..hee..tp ni kan mudah hadam

*ee camne je nak rotate pic ni..geram aku tau

Tak jadi merdeka

Salam semua.

Aik apsal tahun ni takde satu siaran pon yg buat lintas langsung sambutan merdeka ek? Ke tahun ni takde sambutan? Aku tau la malam esok ada sambutan kat Bukit Jalil nu, tp selalunya mlm merdeka mesti ada sambutan gak kan. Pelik plak aku.

Tadi puas aku pikir ye ke tak ye ni esok 31hb. Ye2 tekan2 remote nak tgok bunga api(ceh..hehe). Lagi satu sebenarnya aku suka masa ramai2 nyanyi lagu2 patriotik tu. Memang tak pernah miss nyanyi sama kat umah. Hee. Ntah, rasa semangat jer sesekali nyanyi lagu2 gitu. Best kan :)

Tadi sebenarnya tengah gunting baju. Nak wat kurung moden lah plak. Dah siap potong baju depan & belakang. Pastu stop jap masa nak potong tangan sbb nak sambut merdeka kan. Sekali takde la plak. Trus takde mood nak continue. Kikiki. Propa betul.

So trus update blog la. Malas dah nak sambung potong kain. Lain kali je lah.

Mm ingatkan cuti 3 hari ni bleh la berehat ngan tenang & gembira. Tapi rupa2 nya tak. Ada berita di ofis tadi yg buat aku rasa cuak, berdebar, takut..mm mcm2 la perasaan ada ni. Dan hari isnin nanti baru bleh tau apa beritanya. Sama ada suka atau duka. Nanti aku update ye.(bos nape seksa kitaorg camni..huhu). Sebab tu tajuk entry jadi gitu. Hee.

Oklah nak tido cepat supaya cepat skit ari senin. Opss lupa plak. Selamat hari merdeka ke 55 untuk semua. Semoga negara kita trus aman damai selamanya.

Ya allah permudahkanlah segalanya.

30 August 2012

Baju pesak

Salam semua.
Hee jom update. Kan tengah excited. Layan kan je. Malam ni nak try update bergambar plak. Tengok stress ke tak mcm semalam.
Baru lepas siapkan baju pesak gantung. Sebenarnya baju tu buat masa kat kelas sebelum puasa lagi. So just tinggal nak klim bawah, leher ngan span bahu je lagi. Hari tu sbb nak raya so baju tu aku tolak tepi dulu sbb bz nak siapkan baju raya.(Hee mcm terer je aku ni kan). Tapi tadi masa tgh nak pilih baju nak gosok utk esok, penat aku belek2 baju apa nak pakai esok. Mcm dah tak banyak je baju aku ni. Bosan plak tgok baju2 yg ada dlm lemari tu. Asik2 baju yg sama je.
So trus teringatkan baju ni. Terus amek jarum & benang, klim leher & jahit span. Hee
sempat gak siap. So esok bleh la pakai. Harap2 esok takde org telek jahitan aku. Huuu
Jom tgok rupa baju saya ni. Hee
* stlah menggodek hampir setengah jam aku fail nak upload gambo..arghhh stress lagi mlm ni

Haa baru berjaya upload..fuhh
tapi camne nak rotate ehh??

29 August 2012

Ke mana menghilang

Salam kengkawan.

Lama betul tak update kan.hehe..
Disebabkan percubaan aku untuk update guna phone tdi telah berjaya,maka marilah kita merajinkan diri untuk post new entry malam ni w/pun takde citer best..biasalah org excited kan.

Kenapa aku dah lama tak update ye.Apa dah jadi.Sebenarnya taun ni aku bz skit dgn
beberapa aktiviti..hehe bunyi mcm banyak je aktiviti ko ni..padahal tah pape je.

Reason 1: aku amek class menjahit setiap ari sabtu.so,weekdays aku bz ngan homework ok.takyah pelik sebab nama pon kelas kan.kenalah ada homework.contoh keje umah..lukis pola,gunting pola,sudahkn jahitan ke..mcm2 la lagi..cuma gunting kain je kena depan cikgu sbb takut salah gunting kan.

Reason 2: aku dah terminate my berukband.So harap tenet kat opis je.Tapi time ofis
adalah sgt tdak cara untuk menulis blog,melainkan melawat org punya blog..hehe

Reason 3: aku terminate berukband sbb aku tukar phone baru yg lebih'smart'skit.Ada
internet.Tapi malangnya aku mlas & takde masa sgt nak godek phone baru ni kan.So aku pon tak tau camne nak update blog guna phone..huhu sungguh kodi kan

lagi sbb apa ek..haa sbb aku mmg MALAS nak update sbb xde citer best.Nak tulis pon dah
rasa tak best,blom korang baca lagi..hihi..

dahla,aku dah makin malas sbb payah gak upenye update ngan phone ni..hilang kesabaran
aku.Sebelum aku ilang sabar better i stop here..

good nite olls

28 August 2012

Testing

Percubaan pertama post entry through phone..jom tengok ok ke tak