31 August 2012

Tak jadi merdeka

Salam semua.

Aik apsal tahun ni takde satu siaran pon yg buat lintas langsung sambutan merdeka ek? Ke tahun ni takde sambutan? Aku tau la malam esok ada sambutan kat Bukit Jalil nu, tp selalunya mlm merdeka mesti ada sambutan gak kan. Pelik plak aku.

Tadi puas aku pikir ye ke tak ye ni esok 31hb. Ye2 tekan2 remote nak tgok bunga api(ceh..hehe). Lagi satu sebenarnya aku suka masa ramai2 nyanyi lagu2 patriotik tu. Memang tak pernah miss nyanyi sama kat umah. Hee. Ntah, rasa semangat jer sesekali nyanyi lagu2 gitu. Best kan :)

Tadi sebenarnya tengah gunting baju. Nak wat kurung moden lah plak. Dah siap potong baju depan & belakang. Pastu stop jap masa nak potong tangan sbb nak sambut merdeka kan. Sekali takde la plak. Trus takde mood nak continue. Kikiki. Propa betul.

So trus update blog la. Malas dah nak sambung potong kain. Lain kali je lah.

Mm ingatkan cuti 3 hari ni bleh la berehat ngan tenang & gembira. Tapi rupa2 nya tak. Ada berita di ofis tadi yg buat aku rasa cuak, berdebar, takut..mm mcm2 la perasaan ada ni. Dan hari isnin nanti baru bleh tau apa beritanya. Sama ada suka atau duka. Nanti aku update ye.(bos nape seksa kitaorg camni..huhu). Sebab tu tajuk entry jadi gitu. Hee.

Oklah nak tido cepat supaya cepat skit ari senin. Opss lupa plak. Selamat hari merdeka ke 55 untuk semua. Semoga negara kita trus aman damai selamanya.

Ya allah permudahkanlah segalanya.

No comments:

Post a Comment