29 November 2011

Bila nak ada guruh di langit..


pic1

Selalunya bila nak sampai je hujung tahun, mesti aku dah buat kira2 pasal bonus. Kira agak2 dapat berapa bulan. Pastu siap dah agih2kan. Berapa nak simpan, berapa nak enjoy (tapi, selalunya mesti banyak untuk enjoy kan..hehe). Pastu buat list nak beli apa. Selalunya item yg wajib ada dalam list tu antaranya kasut, baju, handbang dll..& item yg sengaja diada-adakan adalah handphone ke, barang kemas ke..hehe.

Malangnya tahun ni opis aku kata bonus ditangguhkan ke taun depan. Boleh cenggitu? aduhh..sesuka ati jer. Penat aku buat list panjang2 tau. Alasannya, sebab nak evaluate performance setiap pekerja sehingga bulan Dec ok. Bukan lagi sehingga bulan Okt. Memanglah kalau nak diikutkan, betullah cara tu. Sepatutnya memanglah kerja kita dinilai untuk tempoh setahun. Bukannya 10 bulan jer. Kang lagi 2 bulan tu nak buat apa? Mulalah timbul macam2 alasan. Kerja dah tak dikira lah, tak dinilai lah. Mulalah malas nak wat keje lah, buat keje mcm takde mood lah, buat keje lambat2 lah..& mcm2 lagilah..(termasuk lah aku gak kot, kadang2..hehe).

Bukan lah nak merungut ke, nak piket ke, nak mogok ke apa..cuma sebab dah terbiasa dapat time hujung taun kan. Tu yang macam tak biasa bila taun ni tak dapat tu (gedikss). Sebenarnya selain dari untuk enjoy, bonus tu memang aku gunakan untuk bayar roadtax kete aku yang tamat bulan Jan. So, selalunya aku memang tak payah pening kepala pon pikir mana nak cari duit kan. Memang dah asingkan siap2 untuk duit roadtax. Tapi taun ni, aku tengah pikir gak ni mana nak korek duit untuk roadtax taun depan. Dah la bulan Jan, memang belum dapat bonus lagi time tu..huhu sedeyyy..

Pastu sekarang ni aku tengah menunggu pengumuman dari kerajaan yang pasal dia nak bagi bantuan RM500 bagi keluarga yang berpendapatan bawah 3K. Agak2 apa maksud ‘seisi rumah’ tu yer? bagi yang dah berkeluarga, aku pahamlah. Tapi, kalau single macam aku, agak2 bleh dapat tak? hehe. Best gak kalau dapat kan. Bleh la merasa macam ada bonus gak. Hihi. Tak sabar nak tunggu 1 Dec ni. Nak tahu apa syarat2 dia & sapa yg layak untuk dapat. Harap2 aku termasuk dalam kategori yang layak tu..weeehuuu..


Oklah, jom sambung buat keje. Kan keja masih dikira sampai bulan 12. Huh.

25 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Sempena kedatangan bulan Muharram esok, aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua pembaca blog ni. Semoga dengan kehadiran tahun baru bulan Islam ni, kehidupan ku dan semua kawan2 ku akan lebih diberkati, dilindungi dan dirahmati Allah selalu. Semoga kita semua selamat dunia & akhirat. Aminn.


Hari tu bila tahun baru 2011, aku ada buat beberapa azam yang tak tercapai lagi tu..(padahal tinggal sebulan lagi ni..huh) tahun baru Hijrah ni pon aku nak buat azam jugak. Harap2 nya tercapai lah azam aku ni.


So, nak share doa Akhir & Awal tahun untuk rujukan semua & jugak untuk rujukan aku masa2 akan datang. 


1. Doa Akhir Tahun.
doa akhir tahun
Dibaca beberapa minit sebelum waktu Maghrib sebanyak 3 kali.


2. Doa Awal Tahun
doa awal tahun
Dibaca selepas waktu Maghrib sebanyak 3 kali.


Semoga hidup kita semua dilindungi dari godaan syaitan sepanjang tahun ini.
Eh lupa plak, baca petang esok eh

14 November 2011

Radio

Hari sabtu ari tu bleh plak kena keje..arghh..tak suke. Sebab ari sabtu adalah ari untuk aku bangun lewat ok. So, bila kena keje, memang aku amat lah tak suka, walau pon dibayar. Banyak benda aku bleh buat selain bangun lewat tau. Boleh kemas umah, mop lantai, basuh baju, masak2, baca paper, main game..ha kan banyak aktiviti aku bleh buat tu. Tapi sebagai seorang pekerja yg penuh dedikasi (hehe), aku pon kenalah menurut arahan bos aku.

Bukan nak citer pasal testing yang tak best tu, nak citer lepas abis testing tu, aku pon g la merayau kat bawah tu..lupa nak bagitau, testing tu kat The Mall ok, bukan KL Sentral..hehe..so, tu yang aku macam rela je pon kena keje ari Sabtu..hihi..sebab ada agenda lain nak buat..aku sebenarnya nak survey radio..haha..jangan gelak ok..aku taulah orang sekarang mana dah pakai radio2 ni..aku je yg still suka dengar radio ni..

So, tempat yg paling best mestilah senQ kan..situ kan banyak barang elektrik. Aku pon trus ke bahagian radio. Tengok2, jeling2, belek2, pegang2, usik2..opss cukup, ko ingat harta ko ke tu..hehe. Aku jumpa plak radio Sony sama cam yg dekat K4 tu, tapi kat K4, dah takde stok..tinggal yg display jer..aku tanya budak tu, harga sama gak cam yg kat K4..rm299..bila suh dia on kan radio, aku rasa sound dia cam tak berapa best sangat lah..sebab macam takde base..aku tanya lagi ada yang lain tak, budak tu tunjuk kat aku satu radio Philip..harga sama rm299..design, mcm modern gak lah..bila dia on kan, sound dia memang best la dari yg tadi tu..budak tu kata, yg ni ada base (oo patutlah sound dia best skit)..siap ada remote lagi..hehe memang confirm la aku amek yg ni..

Kenapa aku nak sangat beli radio yer? Sebenarnya aku dah ada radio kat umah. Radio tu dah lama aku beli since aku start keje jadi lecturer dulu tu. Ha cuba korang kira sendiri dah berapa lama hayatnya radio aku tu..aku beli taun 2001/02 kalau tak silap. 10 tahun dah..memang patut pon nak ditukar. Radio tu sekarang, masih ok, cuma dah banyak penyakit. Bila on, kena tekan lama2 kat volume dia, baru kluar sound dia..pastu memang dah tak betul la..kejap perlahan, kejap kuat. Bila bukak malam2, kadang agak seram la plak. Aku suka bukak radio time tido. Boleh plak tengah2 tido, dia terkuat sendiri kan..haha..mana aku tak seram. So, dah lama dah aku tak dengar radio time tido, sbb malas nak layan penyakit dia tuh..(sebenarnya aku takut..hehe)

Kalau nak diikutkan, ini adalah radio yang ke-3 aku beli. Satu, masa study kat U dulu. Aku beli gak sebab aku memang jenis suka dengar radio. Tak kiralah time study ke, time tido ke..aku tak suka sunyi sangat. Nak2 plak time aku study dulu tengah hot rancangan pilihan bersama kat radio muzik (sekarang muzik FM). Lagu2 dia memang layan abislah (bagi org yg jiwang cam aku je kot). Lagi jiwang lagu tu, lagi laju aku buat kira2 Math..hehe. Cuma tang subjek yang kena menghafal tu jer aku perlahankan skit sound dia tp still kena pasang ok..(patutlah tak dapat 3 pointer..huhu)

So, nilah gambar radio aku yg lama tu..

radio lama

agak2 aku nak buat apa ek ngan radio ni? nak buang, sayang la plak..nak jual, ada ke org nak beli?..nak bawak blik kg, dah ada radio. Buat semak jer banyak2 radio kat kg nu..haaa bawak g opis la dak..akan dipertimbangkan..

Ni radio aku yg baru tu..

radio baru

ok tak? bolehlah sebab menepati ciri2 yg aku nak..

1. digital, taknak dah analog ni..jenuh nak cari channel..
2. ada remote..senang tengah masak pon bleh tukar2 channel..hehe
3. usb..bleh la aku pasang lagu2 mp3 yg di download tu..hehe..suke


dah tu jer..nak bagitau aku dah beli radio baru..motif??

11 November 2011

Sambutan Raya Aidiladha

Nak citer hari raya Aidiladha ari tu..ari Jumaat lepas keje trus gerak balik kg. sebab kakak aku yang kat seremban tu ajak balik kg awal. Dia nak raya kat kg tahun ni. Sebab hari raya puasa dia raya kat umah mertua dulu. So, gerak nak dekat pkul 6 gak sebab tunggu plak anak buah aku yang study kat kolej Segi tu. Dia pun nak tumpang sekali.


Nak sampai jer sungai besi, trus jem..arghh!! ni yang aku tak berapa nak gemar ni..tapi nak wat camne kan..terpaksalah gerak cam siput..sib baik kete auto..tu pon dah agak lenguh gak kaki aku. Dengar kat radio pun cakap semua jalan jem. Aku nak masuk Cheras sebenarnya then go to Kajang and then masuk LEKAS..tapi tulah, nak sampai ke situ tu, terpaksa tempuh sgi besi dulu.


Bila lepas sgi besi, ingat ok dah, Cheras pun jem gak..huhu..time tu dah nak pkul 7 dah..sib baik aku takleh solat, so tidaklah aku gelabah sangat. Tengah2 jam tu, mana jer aku nak berenti kan. So, drive je lah dengan hati yg sedikit lega.


Masuk je LEKAS, aku pon trus pecut arr..tapi tak cecah pun 120 sebab malam, aku macam tak berani sgt..kalau siang, memang 120 jer aku..sebab LEKAS ni memang jalannya lengang giler..sebab tak semua orang nak guna jalan ni. Maybe sebab dia hanya sampai senawang jer. Kalau orang yang nak balik Johor tu, kena pulak masuk PLUS balik lepas tu..tu yg mungkin leceh gak kan. Tapi kalau musim perayaan, memang berbaloi ikut highway ni, sebab confirm tak jem..So, sampai kat umah akak aku dalam pukul 8++..trus angkut2 barang, gerak balik kg..sampai kg nak dekat pkul 9..aku pon dah agak letih dah time tu..


Sabtu


Ari ni nak masak makanan wajib kitaorang time raya, iaitu lemang..akak aku memang akan buat lemang ni tak kira lah raya puasa ke, raya haji ke..kadang2 tu nak sambut puasa pon bakar lemang gak..memang besttt!! So, sebab malam tadi aku dah penat drive, sampai pon malam, aku pon bangun lewat dari biasa..hehe..& akak2 aku pon takde plak bising2 kejutkan aku..derang bagi can kat aku ke ni? ke dah  malas nak layan aku yg memang suka bangun lewat? haha..Rupanya aku punya hajat masa raya puasa ari tu menjadi kenyataan masa raya haji ni..semua diorang dah buat dah..iaitu mesin kelapa untuk lemang & rendang. Aku cuma tolong ramas kelapa jer, pastu dah..hehe seronok la kan..
Sambil bakar lemang, akak aku mcm biasa, masak rendang ayam & daging..ni pon menu wajib ni masa raya..kalau takde 2 rendang ni, memang tak syok arr..takde feel nak raya kan..cuma nasib baik dia tak buat rendang itik jer macam raya puasa ari tu..hehe..pastu akak aku buat nasi impit & kuah kacang plak..memang meriah ngan makanan umah aku ni..alhamdulillah


Ahad


Hari ni hari raya Aidiladha. Sambutan kat umah aku ni biasa2 jer..takde apa2 aktiviti menarik pon..cuma aku takdelah penat macam raya ari tu pagi2 dah kena bangun buat persiapan. Kat umah aku semua kakak aku ada..biar diaorg yg buat..hehe..jahat kan aku. Hari ni kitaorang just berkumpul untuk makan2 jer..tak pegi mana2 pon..org kg pon takde yg datang umah beraya..kat kg aku memang macam ni kalau raya haji..tak meriah..meriah ngan makanan jer..


Itu jelah citer sambutan raya aidiladha aku yg sungguh biasa2..

10 November 2011

Ganti Puasa.

Hari ni aku puasa ganti..sambungan dari yang ari tu..masa bulan Syawal dah ganti 4 hari. Ingatkan at least dapatlah buat 6 hari ke (sbb nak pahala puasa 6..hehe) tapi malangnya banyak plak halangannya..maybe Allah dah tentukan aku hanya dapat buat banyak tu jer tahun ni..selain dari kelemahan aku sendiri yang maybe terlalu lalai & leka dengan banyak open house masa tu..huhu

So, dah nak dekat 2 bulan rehat, ingat bulan ni nak sambung balik. Nak abiskan cepat2 baki lagi 5-6 hari tu. Eh, ari tu aku ponteng puasa 8,9 ke 10 ari eh? jeng! jeng! jeng! dah lupa ingatan plak aku sebab rehat lama sangat..hehe. So, untuk lebih afdhal dan selamat, ganti jelah lagi 6 ari..kan lebih baik ambik yang banyak kan..bukan payah mana pon. Kenapa banyak sangat? sebab masa tu aku batuk plak. So, agak lambat skit nak betul2 kering..

Nak citer pagi tadi punya sahur (eleh, mcmlah tak penah bangun sahur ko ni). Kunci jam pukul 5, tapi aku biasalah takkan nak terus bangun kan..tak rock arr..off kan alarm henset tu dulu, lelap2 mata dalam sebarang 2-3 lelap, mimpi2 dulu jap..hehe..itu dah melampau ok..boleh membawa ke terlajak dah tu..huhu. Sekali bangun, dah dekat nak 5.30 am..alamak, trus aku teringat semalam tengok kat paper subuh pukul 5.40, so 5.30 dah kira waktu imsak la kan..setan durjana pun apa lagi, start dah nak hasut aku supaya takyah puasa ari ni..tapi tiba2 aku try lawan, trus bangun sambil nekad nak puasa jugak. Aku pikir, sempat lagi minum air ni..lagipon waktu imsak bukan tak boleh makan, cuma kena berjaga2 jangan makan sampai terlajak ke subuh. So, aku sempat lagi ambik pinggan, cepat2 letak nasi malam tadi, makan ngan sambal bilis goreng, pun lebihan malam tadi..perghh sedap wa cakap lu..hehe..mula2 ambik nasi segenggam jer takut tak sempat nak makan, pastu kunyah laju2..rasanya tak sampai pon 10x kunyah, dah telan..hehe..pastu tengok jam, still ada masa lagi..aku pun tambah lagi segenggam..ingat nak minum air kosong jer,tengok jam lagi, ada masa lagi..buat air nescafe pulak, siap letak ais lagi..wah sungguh nikmat rasanyer..sudahnya aku habiskan jer semua nasi dalam rice cooker tu, sebab tinggal ciput je lagi..sian pulak ke dia kalau aku tak makan dia..huhu..(hebat tak aku makan..hehe)..pas jer minum air kosong dalam 2-3 minit, azan pun berkumandang..alhamdulillah aku sempat gak bersahur akhirnya.

Aku harap aku dapat habiskan ganti puasa ni dalam bulan ni jugak. So, pada kawan2 aku yang lain & pada pembaca blog ni, jangan lupa ganti puasa cepat2 tau..jangan jadi macam aku ni ha..