26 February 2012

Dalam Hati Ada…


Taman ke?
Bunga ke?
Air terjun ke?

 

Situasi 1
Tengah seronok layan rancangan On Air. Mula-mula gelak tengok peserta yang terkelu lidah di depan juri, yang lupa skrip, yang tergagap-gagap. Sengeh bila tengok peserta yang tak puas hati. Lepas tu, rasa meluat pulak bila tengok ada peserta yang over, perasan bagus. Huh! Tiba-tiba Pak Nil terjumpa pulak seorang OKU ni sedang beratur (tapi dia tak berdiri ok, dia macam dah terbaring atas simen tu). Dia temubual peserta ni sikit & bagi dia masuk dulu. Tiba-tiba terus air mata aku bergenang. Rasa sedih sangat tengok peserta tu. Masa kat dalam bilik uji bakat tu pun, masa dengar dia cakap, terus air mata aku mengalir. Sedihhh. Tak tau kenapa.
Lepas tu, ada seorang peserta botak ni. Suara dia memang sedap. Memang ada bakat jadi pengacara. Pas tu Pak Nil suruh dia buat situasi lain. Dia pon buat ala-ala bersamamu. Automatik suara dia bertukar. Aku tengok Pak Nil sebak. Terus air mata aku bergenang, nangis lagi.Huhu.
Pas tu, bila ada sorang budak yang tak lepas masuk pagar sebab dia dah buat salah tu. Masa Nampak dia nangis kat luar pagar tu, terus aku pon nangis jugak teresak-esak. Waaaa.
Last sekali, masa Pak Nil pergi airport nak jumpa AA. Masa ni lagilah air mata aku mencurah-curah keluar. Sedih sangat tengok adengan tu. Sungguh emosi aku malam tu.

 

Situasi 2
Masa hari raya 2 tahun lepas, aku pegilah beraya ke rumah sorang kakak ni. Kitaorang panggil dia Kak Nab. Pegi ramai lah jugak. Kakak, kakak ipar & anak buah aku pon ada sekali. Kak Nab ni ada pelihara seorang anak angkat lelaki OKU. Masa pegi umah dia, anak dia tu dia letak kat ruang tamu, depan TV. Anak dia tu hanya boleh berbaring sahaja. Bila kitaorang sampai, terus jelah dok kat ruang tamu tu, sambil nak makan kuih. Aku sempat jugaklah tengok anak dia tu. Tapi tengok macam biasa je lah. Sebab dah pernah jumpa gak sebelum ni kalau ada kenduri. Tiba-tiba aku terpandang kakak aku tengah kesat air mata, sambil aku nampak mulut dia berbisik perlahan 'kesian'. Aku pon apa lagi. Terus air mata aku bergenang masa tu jugak. Padahal, akak aku tu bukan cakap ngan aku pon. Aku yang terpandang dia. Terus aku berpaling dari kuih-muih semua tu. Terus pandang TV. Air mata dah meleleh. Cepat-cepat sapu ngan tudung sebab nak cover malu. Aku yang beria-ia menangis. Padahal, kakak aku dah stop dah. Aduhh, kenapalah aku pandang dia tadi. Still tak leh nak stop, suruh anak buah aku capaikan tisu. Lap air mata sorok-sorok, sampai kakak ipar aku naik pelik, "nape plak ni" dia kata. Sudahnya, malu nak makan kuih sebab mata dah sembap.

 

Situasi 3
Bila tengok je rancangan Bersamamu tu, confirm aku akan nangis. Kadang-kadang, bukan sedih sebab kesusahan diorang, tapi sedih bila tengok diorang menangis.

 

Kesimpulan : Aku rasa aku tak boleh tengok orang lain nangis. Mesti aku nak join..hehe