19 October 2011

Terkena lagi..


sambungan cerita kad kredit..

satu ari tu, ada pompuan ni call aku.

"saya dari service card centre..kami ada promosi untuk semua pengguna visa card..kami nak bagi vip card" lebih kurang gitulah ayat dia. Dan seperti biasa, dia akan promote merepek citer pasal vip kad dia tu..pendek kata memang aku ni insan bertuah la yg dapat..sumer dia bagi..langit ngan bumi jer dia takleh nak bagi..haa kau best tak perumpamaan aku..takkan taknak plak kan..

Aku insan yg naif ni pon dah puas menolak, tapi dia paksa rela kata memang semua pengguna akan dapat. so, aku pun yang macam telah dihembus dengan ayat2 cinta kat telefon tu terus jer bagi beberapa maklumat yang agak sulit sebenarnya. Walaupun rasa sedikit was2, aku tetap bagi.(bengongnya aku)Ibaratnya aku nak bagi kau sebakul buah epal..saje suka2 nak bagi..ko kena ambik..tak boleh tidak..mm ok je lah kan..sapa taknak..

Tapi bila dah last part baru dia nak crite pasal dikenakan bayaran, aku dah start gelabah..tadi cara ko cerita macam nak bagi free jer buah epal tu..sekali ko kata kena bayar plak seumur hidup..ni apa citer ni? mahal plak tu. Ibaratnya aku saja2 nak bagi ko buah epal tu kat semua orang..tak boleh tak ambik..tapi ko kena bayar..what the *&^%? bila aku mati2 kata aku taknak kad tu, dia kata tak boleh..sebagai pengguna kad visa, memang dia akan bagi..dah tu nape nak kenakan bayaran?

Dipendekkan cerita, esoknya dia call lagi kata tengah tunggu approval dari bank untuk kad tu..memang aku geram siottt. Bila masa aku setuju nak kad tu ha? dia anggap dengan aku dah bagi beberapa maklumat sulit tu, aku dah setuju..memang macam *&^%$# lah ko ni..walau aku dah kata taknak, tetap dia kata memang kena ambik..&^%$!

Balik rumah, aku takleh nak fokus apa yg aku buat..aku terbayang2 jer apa yg dah jadi..dgn rasa geramnya..& rasa takut apa akanjadi sbb aku dah terbagi maklumat sulit tu..tah2 dia tengah syok guna kad aku beli barang online ke..sekali sampai bil, dah rm60 juta..mati aku..

Esoknya, aku terus call customer service kad kredit aku untuk dapatkan pengesahan. Dan dia kata diorang takde offer vip kad tu..ohhh tidak!! so, aku pun mengadu nasiblah kat budak tu tentang kebengongan aku ni. (mesti dia kata, bengongnya akak ni, punyalah banyak kes kat paper ari2..tu pun leh kena tipu lagi) akak ngaku, kadang2 benda2 yg best ni, akak akan jadi bengong sekejap..huhu

So, dia nasihatkan aku terminate kad kredit aku & apply baru..waa aku baru pakai seminggu dah kena terminate..aku pon setuju jer sebab taknak ada masalah nanti..so, aku dah takde kad kredit dah..hahah..tapi sekejap jer ok, dalam 2 minggu lagi, dia akan bagi kad yang baru..

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar
Aku tidak akan terpedaya lagii!!!

ps: sori,entry ni macam byk terguna simbol plak..emosi terlebih

 

2 comments:

  1. makin menjadi-jadi penipuan kad kredit..huhuk ..bahaya..bahaya...

    ReplyDelete
  2. tu pasal la eda..mmg kena hati2..nak lgi selamat, xyah pakai pon..

    ReplyDelete