06 December 2011

10 Muharram


Hari ni 6hb Dec bersamaan dengan 10 Muharram atau nama lain dia Hari Asyura. Korang perasan ke tak ni? Aku pon hampir tak terperasan. Nasib baik semalam terperasan. So, sempatlah men’goggle’ tengah2 malam semalam kelebihan 10 Muharram (10M) ni. Sebelum ni aku hanya tau bila 10M ni, disunatkan berpuasa dan bersedekah. Pastu kalau kat kampung aku, ada gotong royong kat surau masak bubur Asyura. Yang lain2 tu, macam tak bape nak amek tau sangat. Rupa2nya banyak betul kelebihan 10M ni. Rugilah orang macam aku ni yg baru nak amek tau sekarang.

So, untuk panduan/rujukan aku dimasa akan datang & untuk rujukan rakan2 semua, aku copy kan jer kelebihan2/amalan2 sunat pada 10M ni.

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah.
Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah.
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat.
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak.
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca surah Al-Ikhlas 1,000 kali.
Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca surah Al-Ikhlas 11 kali.

12. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

So, kepada kawan2 semua, yang mungkin tak sempat nak puasa, boleh buat amalan2 lain yang disunatkan. Semoga kita sama2 mendapat ganjaran dari Allah.


(Nanti nak cerite pengalaman aku masa kecik bila tiba 10M ni)

No comments:

Post a Comment