15 March 2012

Sakit Hati


Sebenarnya sejak kebelakangan ni, aku selalu rasa pedih kat ulu hati. Dulu sesekali jer aku kena, tapi lately ni aku rasa macam kerap gak lah kena. Korang pernah tak rasa benda ni? Dia macam rasa pedih/perit kat ulu hati tu. Ulu hati tu kat mana? ntah, aku pun tak tau. Yang aku tau, pedih tu rasa macam kat tengah2 bahagian dada lah. Memang pedih ok. Ulu je ke yang sakit, hilir tak sakit sama ke? Ko nak kena cepuk? hehe. So, sempatlah google skit sebab nak tau pasal benda ni, pasal dah agak kerap kena kan. Risau gak kan. So, aku syer skit info apa yang aku dapat tadi.

Pedih ulu hati berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut.

Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan berasa pedih pada bahagian atas dada(oo pedih tu kat atas dada, ingatkan kat tengah dada), perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali(yang ni memang betul, aku rasa makanan tu macam naik atas balik), rasa pahit atau asid dalam mulut(yang ni aku tak rasa sangat lah). 

Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan. (so, aku tak kronik lagi kot, sebab still bleh tido nyenyak & selera makan makin bertambah..hehe).

Ok, apa pulak punca/cara nak elak penyakit ni eh?

1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.(aku memang tak kerap makan, sebab sekali makan, aku makan banyak..haha)

2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.(aku rasa aku taklah tergopoh-gapah sangat & taklah slow sangat. Biasa2 je)

3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, goreng, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.(yang ni memang makanan aku lah ni. Baby jer yang tak makan rempah, pedas, berlemak, goreng, coklat, kafein & banyak perasa. Ingat aku baby ke? Huh)

4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.(yang ni memang aku dapat rasa. Kalau pakai seluar jeans yang agak ketat skit, memang mudah kena. So, pakai je lah baju kelawar tu..)

5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.(ye betul. Aku rasa ulu hati aku pedih bila perut aku macam terlipat/diasak. Contoh, tengah lipat kain, nak capai kain yang jauh skit, kan badan macam terlipat skit..ke sebab perut aku ada lebihan lemak?ceh)

6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.(pun betul)

7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.(tak betul…sebab aku tak buat..hehe)

8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.( ooo, ok lepas ni kena baring dalam masa 1 jam lepas makan eh?)

9. Jangan merokok. (ok, yang ni aku tak)

10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum. (aku trus letak ais banyak2..bijak kan!)


11. Tangani stres dengan tenang. (aku atasi stress aku ngan makan..so cemane?)

12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan. (huhu yang ni sebenarnya penyumbang no 1..arghh tidakkk)


So, daripada 12 punca tu, lebih kurang 10 punca memang ada kat aku..patutlah aku kena sakit ni. Banyaknya nak kena ubah cara hidup. Hmm cemane ni. Agak2 mana yang senang nak mula dulu ek?


muhasabah: umur dah meningkat ni, macam2 penyakit mudah datang

2 comments:

  1. pedih ulu hati?? minumlah gaviscon..heeeee~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wani, x suka minum yg bernama ubat..hehe

      Delete