21 September 2011

Sambutan Raya 2011


Kali ni nak cerita pasal raya plak. Seperti sehari sebelum raya, di hari raya aku still buzy lagi. (takyah raya bleh tak? Letih la..haha). Pagi2 lagi dah bangun berkemas. Sapu karpet2 yang baru & lama. (untuk makluman, rumah aku memang penuh ngan karpet). Bukan nak eksen, tapi memang kakak aku suka letak karpet sebab dia risau budak2 jatuh kat lantai simen..so, semua ceruk dia letak karpet. Kat ruang tamu tu dah tentulah ada, kat meja makan, kat dapur..yang aku tak tahan, kat dapur nak masak pon ada..huhu..terasa rumahku bagai istana..sampai penah orang cakap, kat rumah aku ni, bilik air je takde karpet..haha

Lepas menyapu (guna penyapu lidi ok, bukan vakum) habuk2 kat karpet tu, aku iron baju akak aku + baju aku skali..pastu boleh plak dia pesan nanti mesin kelapa lagi..(nak masak apa lagi dia ni? Suka benar masak). Rupanya dia nak masak rendang itik plak..teringin katanya. Korang pernah makan itik? Suka? Aku pernah makan, tapi tak suka sangat..i still love chickenssss..(tau la kau hantu ayam..haha)

So, while kakak aku pegi solat raya (kantoi, aku tak gi..) aku bertungkus lumus la menyiapkan apa2 lagi persiapan yang tak siap lagi..isi kuih muih, siapkan hidangan atas meja. Make sure lemang, ketupat, rendang, buat air, siapkan pinggan, cawan & semua lah siap atas meja tu. Klau tak kang, akak aku bising..huhu

Lepas kakak aku balik, barulah keje aku setel semuanya..tu pun sekejap jer sebelum rumah aku diserbu oleh tetamu. Menjelang petang, ramai plak orang datang rumah aku. Elok je bergilir2. Macam berjanji plak. Org ni balik, org lain plak datang. Yang penatnya, aku jugak..kena siapkan hidangan semua. Sebab tu aku taknak beli baju raya ada blink2 ke, bermanik ke..tak sesuai hokeyyy..

Oleh kerana kesibukan ku itulah, maka tak sempat nak snap picture walaupon sekeping. Time aku ingat pun, mcm dah takde mood nak amik gambar sebab dah berpeluh2..muka dah berminyak2..dah hilang bedak & lipstick..so, tak payah

Aku macam penat plak nak cerite kepenatan aku masa raya tu..(apa jer)..dahlah

 ~~harap2 taun depan aku tak penat lagi.Ye ke? mmmm

No comments:

Post a Comment