20 September 2011

Persiapan Sebelum Raya di Kg.


Hari raya aku tahun ni macam biasa jer. Takde yang best sangat2 atau tak best yang sangat2. Semuanya macam biasa. Cuma aku ralat sikit sebab takde sekeping pon gambar raya aku tahun ni..tak kiralah dengan family ke, sorang2 syok sendiri ke..sebabnya tahun ni aku berdua je ngan kakak aku. Tahun ni turn diorang semua kat rumah mertua pagi2 raya. Dah tu, aku sorang jelah yang terkontang-kanting nak buat semuanya..huh penat mak tau..
Kepenatan aku tu bermula dari sehari sebelum raya tu lagi. Lepas sahur aku terus tak tido dah macam biasa aku buat kalau hari cuti aku kat rumah KL..hehe. pagi2 lagi kakak aku dah suruh aku mesin kelapa untuk buat rendang. Awal plak dia nak merendang raya ni. Sampai kejang pinggang aku & tangan aku mesin kelapa tu, sebabnya mesin kat umah aku tu yang pendek punya. Dah tu letak plak kat lantai. So, puaslah aku menahan lenguh kaki aku ni. Penat bersila, aku lunjur sebelah kaki. Penat lagi, aku dok macam duduk 2 sujud tu..huhu haru betul..penat lagi, aku bersila balik..
Lepas setel kan kelapa tu, kemas rumah plak. Kakak aku ajak alihkan meja, tukar karpet..huh,nasib baik pagi lagi, baru lepas sahur. Kalau tak, harus aku terbaring kehausan.
Lepas tu, sambung lagi mesin kelapa untuk lemang plak..ni lagi banyak dari kelapa rending tadi. Aduhhh, nak je pegi spa urut tangan & kaki rasanya lepas tu. Memang lenguh gila. Nak2 tangan & kaki yang bersaiz macam aku..hehe. Lepas tu, kena perah santan plak untuk isi dalam lemang tu. Bertambah lagilah lenguh tangan aku ni..huhu. Nasib baik yang bakar lemang dikhaskan untuk orang2 lelaki, barulah aku boleh relax skit.
Lepas aku bangun tido (ai, sampai tertido aku..huhu) sambung plak anyam ketupat. Ha yang ni memang tugas wajib aku setiap kali raya. Tapi aku hanya pandai anyam ketupat sate je..yang lain aku tak pandai & malas nak belajar..hehe, sebab buat semak tangan aku je..

~~w/pun penat, tapi seronok sebenarnya bila berkumpul ramai2 ni..baru terasa kemeriahan nak sambut raya tu..

 

2 comments:

  1. Chah, ajar aku buat lemang. Ko takyah cas la ye. Ko tu selalu je nak cas aku wp aku tak penah pun bayar. Hehehe... Tp kan.. ko patut bersyukur jgk ko masih dpt guna mesin kelapa wp terpaksa tahan lenguh kaki. Org zaman dulu guna kukur je, lagi lenguh tangan tau.

    ReplyDelete
  2. lyd:aku tak reti buat lemang la..setakat tolong akak aku siapkan bahan2 jer..sukatan2 sumer fail..

    ReplyDelete