21 September 2011

Tak sukaa


Hari ni dah lebih kurang 4-5 ari jugak kot kulit pipi aku telah bertukar menjadi mengelupas & gatal & merah2..arggghh tak sukenye bila kena camni. Lama dah tak kena rasanya. Last jadi camni rasanya masa aku kat seremban dalam tahun 2004/5 kot..eeeii tak suka tau bila kena gini..rasa cam nak pakai purdah jer..sumer org tegur tanya kenapa..aku hanya cakap "aku tersilap suntik kolagen"..hehe..itu dgn org2 yang boleh dibawak bergurau je lah..
 Bila dah jadi gini, aku pon mulalah nak ingat balik apa yg menyebabkan pipi aku jadi gitu. Dah tak segebu selalu.(perasaan ok). Dan aku rasa aku dah tau dah sapa yang bersalah. Aku dah jumpa dah suspek nya..tunggu masa je nak kene hukum buang tong sampah or hukum penjara di tong sampah seumur hidup..kejam giler hukuman ni..

actually, dalam bulan lepas aku tetiba teringin nak tukar produk penjagaan wajah aku ni..(tulah, gatal lagi nak tukar2..dah elok gebu dah). Produk sebelum ni takde masalah apa pon, Cuma biasalah manusia ni kan, mana penah puas apa yg dia ada. Produk sebelum ni yang dijamin "suci dan segar" tu dah ok dah, Cuma bila ada produk yg menawarkan add on yg lebih best, aku pon mulalah gatal nak try. Sebab produk ni aku baca dia kata untuk anti penuaan & untuk keremajaan kulit. Haruslah aku tergoda sbb dah tak berapa nak remaja kan..produk pertama yg aku try adalah pencuci muka dia. Aku rasa yg ni ok kot. Sebab lepas aku pakai, ok jer muka aku. Lagi aku rasa trus nak pakai sebab aku perasan kulit muka aku lebih berseri (perasaan lagi). So, aku pon nekad lah nak guna produk ni sepenuhnya. Produk kedua, aku beli dia punya krim kecantikan & krim pencerah kot kalau tak silap. Ingat nak beli toner sekali, tp toner yang lama ada lagi, so pakai dululah sampai habis kan..

Lepas toner lama habis, aku pon cepat2 gi beli toner produk ni. First time sapu kat pipi, aouchh!! Macam ada rasa pedih2 skit..tapi aku sedapkan hati, maybe sebab produk baru kot, dia baru nak kenal ngan kulit muka aku. Aku biar je, & terus pakai hari2, tapi still ada rasa pedih2 skit. Dan tanpa aku sangka & duga, aku dah start garu skit2 pipi aku ni..bila sedar2 jer dah makin merah & kering. Adakah kerana toner itu? Tapi aku punya suspek adalah TONER ituuu…ee geram aku ngan toner tu tau..mencacatkan kulit aku jer..So, aku dah nekad nak stop dulu dari pakai toner itu, dah juga semua produk2 yg seangkatan dengannya. Terpaksalah aku korek balik produk "suci dan segar" aku tu. Nasib baik ada lagi balance2 nye yg tak abih lagi..pencuci muka ada, krim pencerah pun ada..bolehlah

Nilah rupanya pipi aku yg dah tak gebu tu..dalam gambar mungkin tak nampak teruk sg sebab cover ngan bedak..tp kalau tgok real, agak mengerikan & menggerunkan.






~~ ada tak yg boleh buat mukaku pulih dgn pantas? Nak g jln2 ni..maluuu

2 comments:

  1. Ko pakai bedak nyonya yg dlm kotak tu chah. Elok. pakai malam2 mcm bedak sejuk.

    ReplyDelete
  2. oo bedak tu ujud lagi ek..kat mana jual ha?

    ReplyDelete