01 December 2011

Tak sabar

Sebenarnya dari 29 – 3hb ni ada Perhimpunan Umno (PU) kat PWTC. Hari ni dah 1hb. So, lagi 2 hari perhimpunan dah nak abis. Aku punyalah tak sabar nak tunggu PU ni. Dari bulan lepas lagi aku dah sibuk riki2 cari & nak tau bila PU ni. Ha patriotik tak aku? haha

Sebenarnya bukan tak sabar nak join diorang tu berkumpul & nak dengar masing2 berbahas. Tapi aku sebenarnya tak sabar nak serbu gerai2 yg dibuka sempena PU ni. Memang setiap taun aku tak pernah miss lagi pergi gerai2 kat PU ni. Dulu lagilah, masa ofis 2 kangkang kera jer dari PWTC tu, memang wajib pegi. Selalunya g time rehat hari Jumaat la. Lama skit bleh jalan2 cuci mata kan..

Apa yang bestnya gerai2 kat PU tu? mmm sama jer macam gerai2 kat pasar malam tu..hehe. Ada jual kain baju, tudung, makanan, produk kecantikan, kesihatan, makanan, hiasan rumah & macam2 lagilah. Tapi aku hanya tertarik dengan gerai yg jual kain ela..hehe. Sebab? Sebab kain2 ela kat situ dijual pada harga yang tersangatlah murahnyer..hehe. Kan aku pernah gak tulis entri pasal aku gila shopping kain ela ni dulu. Hehe tak sabarnya nak gi memborong kain banyak2. Buat stok setaun.

So, untuk pengetahuan kawan aku lydsunshine tu, aku plan untuk pergi ke PWTC pada esok hari sebab esok aku cuti. Giler hebak siap amek cuti hehe. Taklah, sebenarnya esok aku cuti sebab ada appointment ngan doctor pakar kulit kat HKL. Ni kes kulit muka aku ni lah. Tah bila tah nak eloknya. Haa yg ni pon nanti aku buat entri khas pasal kulit muka aku ni. Macam2 dah jadi. So, aku plan, balik dari jumpa doc, blehla singgah PWTC untuk shoppinggg..Tapi kalau nak diikutkan, hari Sabtu lagi offer gila2 sebab last day kan. Hmmm tengoklah camna nanti. Kalau rajin, bleh serbu lagi ari sabtu tu. Smile with tongue out

mmm..bestkan pilih2 kain


1 comment:

  1. Nanti dah beli, bleh tempah baju dgn wani. mari kita membantu adik kita kumpul duit utk berkahwin.

    ReplyDelete